AFB Feed

Thursday, June 26, 2014

Penangan Durian

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Lambat betul mama bersiaran hari ini.
Kebetulan hari ini kat opis ada 'Durian Party'.
Pastu dalam lewat petang kat HQ ada 'Durian Attack'
Waduh! Boleh mabuk macamni.
Naik lif pon bau durian.
Partner mama bukan peminat durian.
Kesian kat dia. Mabuk jadinya.
Kepada peminat durian, sekarang musim durian.
Bolehla pulun sebelum bulan Ramadhan.
Kalau dah bulan Ramadhan, baik-baik ye.
Kalau ikut pada keluarga mama, lepas makan durian, tuang air dalam pangsa durian (ruang di bahagian dalam kulit durian), minum airnya untuk hilang panas badan.
Lain orang lain kot petuanya.
Kalau ada yang berminat berkongsi, bagus juga.
Boleh tambah pengetahuan.
Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab