Friday, June 13, 2014

Different, special & beautiful

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah


Sumber : Facebook

Sahabat-sahabat semua pernah tak terdetik dalam hati membandingkan, tak kesahlah diri sendiri ke, anak-anak ke mahupun keluarga? Kalau tak pernah, Alhamdulillah.

Tapi kalau pernah terdetik, terlintas dan sewaktu dengannya, jangan risau, normal bagi kita sebagai manusia yang tak pernah puas dengan apa yang ada. Mama sendiri pon tak terlepas dari rasa membandingkan.

Cuma bila rasa tersebut datang, cuba kita bandingkan dengan mereka-mereka yang kurang bernasib baik. Atau paling tidak kita anggap kita ni different, special & beautiful. 

Sebab memang kita ni dilahirkan dengan perbezaan supaya ada keunikan, keistimewaan dan kecantikkannya di situ. Yela, kalau satu patern atau sama je, tak ke rasa boring.

Contohnya dalam kita membeli baju, mesti kalau boleh nakkan lain daripada yang lain sebab nakkan keunikan dan keistimewaan. Betul tak? Kalau tak betul, tolong betulkan mama yer.

Oleh itu, hargailah setiap perbezaan, keunikan dan kecantikan yang kita miliki sebab Allah dah menciptakan kita makhluk sebaik-baik kejadian. Anggaplah sebarang kekurangan yang kita miliki adalah kasih sayang Allah pada hambaNya agar hambaNya tidak lalai dan leka dalam penghambaan kepadaNya.

Salam Jumaat dan selamat berhujung minggu!!

Wallahuaklam

Share: