Tuesday, September 23, 2014

Pentingnya Nombor Kecemasan

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


Ceritanya macamni :

Mama ada terima panggilan yang menyatakan ada seorang staf kat sini dalam keadaan kritikal, perlukan Ambulans. Sakit apa tu mama tak pasti tapi mama diminta untuk menghubungi Ambulans. Nasib baik sahabat mama ni ada buat senarai nombor kecemasan dan lekatkan di dinding berhampiran telefon. Senang nak dihubungi terutama apabila panik. Tapi yang mama paling ingat nombor 999.

Sumber : Google

Bila kita hubungi talian 999, kita akan bercakap dengan operator yang bertugas tentang jenis kecemasan dan lokasi. Kemudian, operator akan sambungkan kita kepada pihak yang bertanggungjawab. Macam kes mama tadi ni, operator sambungkan kepada hospital yang berdekatan yang menyediakan perkhidmatan ambulans.

Disebabkan diluar waktu puncak, ambulans ambil masa dalam 10minit juga baru sampai. Alhamdulillah berkat kerjasama semua, dalam 15minit, staf yang kurang sihat tersebut berjaya dibawa keluar dan menaiki ambulans.

Mama tak berjumpa dengan staf yang kurang sihat tersebut tetapi mama dikhabarkan staf tersebut seperti dalam keadaan strok sebab tangan dalam keadaan kejang. Walau apapun, harap staf tersebut dalam keadaan baik sahaja.

Penting kan nombor kecemasan ni? Bukan setakat 999 je, nombor lain seperti ahli keluarga terdekat terutama rakan sekerja kita pon kita mesti kena ambil rekod. Supaya bila ada kecemasan pada rakan sekerja kita, kita tahu siapa ahli keluarga terdekat yang boleh kita hubungi. Betul tak?

Kalau boleh, bukan setakat nombor 999 je kita tampal kat tempat umum, nombor telefon Polis, Bomba, Ambulans, Hospital berdekatan dan pihak berkuasa tempatan pon kita tampal. Bukan apa, senang bila kecemasan.

SEMOGA BERMANFAAT!! ^_^

11 comments:

  1. Betul..kalo dah cemas mmg jd terlupa..better lekat kt tmpt sng nmpk

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang kita terlupakan pasal no kecemasan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila panik, semua bole jadi lupa...

      Delete
  3. ada satu lagi nombor, sha lupa... itu nombor kecemasan jugak selain 999...

    ReplyDelete
  4. eh...macam nak letak je kat tmpt kerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus letak ainim...selain kita senang, orang lain pon senang refer...

      Delete
  5. Lebih mudah kalau kita ada nombor ambulance di hospital atau Jpam kerana ia lebih menjimatkan masa semasa kecemasan. Penting tu, zumal pernah alami situasi macam tu.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Tak mustahil kan bila dah panik...^_^

      Delete

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab