Tuesday, September 09, 2014

Slipped Disc

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah.

Kawan mama sama tempat kerja ni dah 2 hari cuti sakit, harini dengan semalam.
Katanya sakit belakang dah 2 hari. Pelik juga mama.
Sebagai rakan sekerja yang prihatin (insya Allah...hihi), mama pon personal telefon dia tanya khabar.

Rupanya dia kena 'Slipped Disc'.

Sakit apa tu?

Sumber : Google Image

Slipped Disc secara ringkas bermaksud tulang belakang yang "teralih" atau "menggelongsor" dari kedudukan asal. Ini disebabkan oleh gel antara tulang yang berfungsi menyerap tekanan telah bocor seterusnya mengakibatkan alihan. Apabila ini terjadi, tulang akan menekan pula saraf-saraf yang mengawal anggota badan seperti kaki, tangan dan leher. Kesakitan melampau menyebabkan badan menjadi kebas pergerakan akan terbatas.
(Sumber : SINI)

Adoi, sakitnya tu. Sedangkan kita yang sakit pinggang kadang-kadang ni pon dah rasa sengsara, lagila 'Slipped Disc' ni ek.

Penyakit tulang belakang ini boleh berlaku kepada mereka yang pernah terjatuh samada masa zaman kanak-kanak, remaja mahupun dewasa serta mengambil mudah kesan penyakit ini. Bagi orang yang sering melakukan kerja berat seperti mengangkat benda-benda berat, kekerapan melakukan tugas begini menyebabkan tulang belakang tidak dapat menampung beban tugas tersebut.
(Sumber : SINI)

Mama ada tanya kawan mama, macamana boleh kena? Kata dia, dia ada angkat barang, tiba-tiba lepas angkat barang, terus kena. Aduhai...

Keadaan 'Slipped Disc' biasa berlaku pada usia 30 tahun hingga 40-an, terutama membabitkan golongan lelaki. Kebanyakan kes berlaku pada tulang belakang di bahagian pinggang, selebihnya pada bahagian tengkuk. Pemeriksaan klinikal boleh menentukan kemungkinan besar seseorang pesakit itu mengalami 'Slipped Disc' atau tidak.

Ujian X-ray biasanya tidak dapat mengesahkan masalah ini kerana X-ray hanya dapat melihat tulang, bukan cakera itu. Oleh itu, ujian terbaik ialah melakukan MRI (Magnetic Resonance Imaging) pada bahagian tertentu tulang belakang. Melalui ujian ini, cakera yang terbonjol dapat dilihat dan pakar boleh mengenalpasti sejauh mana saraf pesakit terhimpit oleh cakera itu.
(Sumber : SINI)
Uish, kalau guna MRI, boleh tahan harganya tu, bukan calang-calang.

Rawatan bagi pesakit yang mengalami 'Slipped Disc' bergantung kepada simptom dan komplikasi pada saraf tunjang pesakit. Hampir 80% pesakit tidak perlukan pembedahan. Ubat tahan sakit, korset tulang belakang dan fisioterapi adalah rawatan awal. Suntikan turut diberi jika sakit tidak terkawal. Jika komplikasi pada saraf berlaku, pembedahan tidak dapat dielakkan.
(Sumber : SINI)

Kalau mama yang kena macamana agaknya sebab mama memang tak boleh ambil sembarangan ubat tahan sakit. Jadinya, menahan jela. Pernah masa lepas bersalin, nurse bagi ubat tahan sakit pada mama, bengkak dah macam alien mata mama jadinya. Kelam kabut doktor kasi ubat untuk redakan alergik mama. Mama nak makan Paracetamol pon bole tapi ada limitnya, setakat sebiji ok lagi.

Selain rawatan, penjagaan mekanik badan sangat penting. Ini untuk mengelak cakera berkenaan terbonjol lebih jauh dan mengakibatkan cacat kekal berlaku. Pesakit juga perlu mengurangkan tekanan kepada bahagian tulang belakang dengan tidak mengangkat benda berat selain mengurangkan aktiviti lasak. Senaman khas boleh dilakukan oleh pesakit bagi membanti mengurangkan rasa sakit dan mengurangkan risiko komplikasi.
(Sumber : SINI)

Siapa yang pernah kena, mesti lagi tau macamana sakitnya kan? Mohon sahabat-sahabat mendoakan kawan mama tu cepat sembuh dan dapat bertugas seperti sediakala ek.

Terima kasih banyak-banyak. ^_^

Share: