Saturday, September 06, 2014

Misi Besar!!

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Amboi, tajuk tak hagak-hagak yer. Hehe
Harini mama sekeluarga ada misi besar. Serius, memang besar ni. Melibatkan masa depan keluarga mama. 

Harini mama sekeluarga ke Kuala Lipis, Pahang.
Hai mama, baru pergi Penang minggu lepas, tak up pon lagi cerita, dah pergi Pahang pulak.

Pergi Penang tu mama, papa & Amir je.
Pergi Pahang ni dengan atok, nenek & pakcik makcik Amir sekali. Bukan tu je, dengan jiran-jiran 3-4 orang. Dapat tangkap maksud mama?

Okla, kesian kawan-kawan mama ni main teka-teki yang tak berapa teka-teki pon. Hihi

Kalau tengok gambar ni, mesti bole teka kan : 


Dapat tangkap dah??
Insya Allah, mama dalam perjalanan ke rumah adik Siti, bukan Siti Nurhaliza yer, Siti Aishah. Bukan Siti Nurhaliza je ada kat Kuala Lipis ni. Hihi

Rombongan meminang & bertunang sekali untuk adik lelaki mama. Alang-alang jalan jauh dari Cheras ke Kuala Lipis, bertunang sekali terus.

Majlisnya tak tau lagi. Bagi orang-orang tua berbincang dulu.

Doakan segalanya dipermudahkan serta selamat perjalanan pergi dan balik yer.

Selamat berhujung minggu semua!! Hati-hati walau apa jua yang kalian lakukan!! ^_^

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab