Saturday, November 30, 2013

Have a nice weekend

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Harini dah hari terakhir bulan 11 dan kebetulan hujung minggu. Sekejap je kan dah nak akhir tahun.
Dalam musim cuti sekolah ni, mesti ramai yang ambil kesempatan bercuti.
Mama insya Allah akan bercuti tidak lama lagi.
Ke mana, nanti dulu lah yer.
Kang pong pang sini, sampai masa tak pergi pulak. Hehe
Doakan semoga urusan mama dipermudahkan ye, insya Allah.

Kami adik beradik berniat nak bawak orang tua bercuti.
Kebetulan adik beradik mama tinggal si kecik je yang masih bersekolah, yang lain semua dah berkerja.
Kepada sahabat-sahabat semua, tak kesahla bercuti dalam negara atau luar negara, yang penting jaga diri baik-baik dan berhati-hati dengan apa yang dilakukan.

Tips mama buat perancangan teliti dengan survey lokasi hala tuju kita.
Yang penting survey hospital / klinik berhampiran, balai polis, bank serta stesen minyak.
Bukan apa, kalau-kalau ada kecemasan, kita dah tau hala tuju kita.
Harap-harap takde la yer.

Kalau sahabat-sahabat ada tips yang nak berkongsi dengan mama, silakan.
Mama alu-alukan sangat perkongsian idea sahabat-sahabat mama.

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab