AFB Feed

Thursday, March 20, 2014

100hari menuju Ramadhan

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah


Hari ini, sedar tak sedar, tinggal 100 hari sahaja lagi kita akan menuju bulan Ramadhan tahun ini.
100 hari tidaklah terlalu lama. Pejam celik, pejam celik, tup tup, esoknya kita sudah mula berpuasa.

Kepada yang belum ganti puasa, rasanya belum terlambat untuk menggantikannya.
Kepada yang sudah menggantikan puasa tahun lalu, Alhamdulillah dan tahniah mama ucapkan.
Sesungguhnya ia sesuatu yang dapat dibanggakan sekiranya dapat diselesaikan dengan awal.
Mungkin boleh digandakan dengan melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis untuk meng'ganda'kan saham kita di 'sana' nanti.

Kepada mereka-mereka yang sudah atau akan mempunyai ahli keluarga baru ataupun 'orang baru', tentu tak sabar-sabar menantikan bulan Ramadhan di mana dengan kedatangan 'orang baru' tersebut, sudah tentu meriah terutama pada waktu bersahur dan berbuka puasa.

Walaubagaimanapun, mama mendoakan sahabat-sahabat mama sekelian dapat bertemu dengan Ramadhan yang penuh barakah tahun ini.
Insya Allah, aamiin.

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab