AFB Feed

Tuesday, March 04, 2014

Cerita Hari Minggu

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Alhamdulillah, hujung minggu yang sudah ni, selesai hasrat kami sekeluarga menziarahi ibubapa papa di Bagan Datoh, Perak. Perancangan pon agak last minit jugak tapi Alhamdulillah, diberi kesempatan masa dan peluang untuk menziarah.

Seawal pagi hari minggu, Amir dah mintak upah dari Embahnya. Nasib baik Embahnya sihat dan rajin melayan cucu. Hihi

Inilah pekan kecil Bagan Datoh bagi sesiapa yang tak pernah ke sini lagi. 
Pekannya kecil je, masih mengekalkan bangunan kayu lama.
Nostalgia kan?

Penghujung pekan Bagan Datoh ni, ada jeti.
Mengikut cerita papa, dulu nak dibangunkan pekan ni dan jeti ini bertujuan sebagai pelabuhan untuk ke Lumut, Pulau Pangkor dan sebagainya.
Mama tak pasti pulak kenapa seakan terbengkalai gitu je.
Apa-apa pun, sekarang dijadikan pengkalan untuk pemancing udang dan ikan.

Tu dia Papa dan Amir dah serbu kedai basikal.
Sebenarnya, papa nak hadiahkan Amir basikal.
Tengok luar-luar dulu sebab nak belikan basikal 3 roda.

Tapi, inilah dia basikal Amir.
Mengikut tokei kedai (yang interframe ni la tokei nyer), rugi kalau beli basikal 3 roda. Yela, bila dia besar sikit, dah nak kena beli baru. Alang-alang, beli yang ni je terus, seat pon boleh adjust kasi rendah.
Oleh sebab itu, dan Amir pon berkenan kaler ni (merah mak ngah yer), papa pun bersetuju beli basikal ni.
Loceng katanya free gift, bukan 2 seringgit ye macam Mail, kawan Upin Ipin tu. Hehe

Pada mulanya, biasala tak pandai lagi, duduk pon yang kat belakang sekali.
Sekarang, Alhamdulillah, nak duduk kat seat yang sepatutnya tapi kadang tetap nak duduk kat seat belakang tu. Cuma biasala, kayuh je lom lagi.

Wah, pasni mama & papa kena rajin la bawak pergi taman untuk Amir mahir main basikal.
Kalau cuaca okla, sekarang kan musim jerebu, tak berani nak bawak Amir keluar rumah sangat.

Wallahuaklam

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab