Saturday, March 08, 2014

Amir Syukur - Botak

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Lewat mama update ye. Nak update pasal cerita kapal terbang, rasanya majoriti dah update dan terdapat pelbagai versi cerita yang timbul. Apa-apa pon, kita bersangka baik sajalah dan elakkan daripada menyambung-nyambung cerita yang belum tentu sahihnya. Takut-takut ianya membawa kepada fitnah.
Hari ini mama tak kemana sebab papa kerja. Dalam petang barulah papa balik.
Dalam petang barulah aktiviti membotakkan rambut.
Amir memang jenis yang tak suka gunting rambut. Nak kata ada pengalaman yang buruk, seingat mama memang takde tapi memang sejak kecil lagi memang tak suka gunting rambut.
Kalau anak perempuan, bolehla juga jaga biar panjang dan potong sikit-sikit.
Ni budak lelaki, payah la kalau tak nak potong rambut.
Jadi, fesyen sesuai untuk Amir - botak jela jawapannya.
Ginilah rupa budak botak ni. Ada yang kata nampak macam budak sakit je, ada yang kata nampak macam budak nakal.

Apa-apapon, mama dan papa mendoakan Amir supaya menjadi anak yang soleh, ye sayang.

P/S : gambar ni ambil lepas potong rambut dan keluar bawak Amir jalan beli mainan kononnya untuk pujuk Amir sebab dah buat dia menangis teruk kena potong rambut. Hehe
Wallahuaklam
Share: