Friday, August 08, 2014

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah, kita masih bernafas lagi untuk hari ini.

Salam Jumaat semua...

Semalam petang, mama dikejutkan dengan berita pemergian Ustaz yang pernah mengajar mama pelajaran Agama Islam masa bersekolah di Muar, Johor satu masa dulu.


Ini mesej yang mama dapat semalam daripada grup Whatsapp :


Ini gambar kenangan beliau bersama salah seorang anak murid beliau.

Sumber : Google

Secara kesimpulannya, beliau seorang guru yang berdedikasi yang mana selain menjadi guru, beliau juga ketua warden asrama kami. Beliau tak garang, seorang yang ceria dan suka menasihat. Cara nasihat beliau memang best yang mana dalam gurau-gurau, kita gelak-gelak tu, sedar tak sedar kena batang hidung sendiri.

Semoga beliau ditempatkan dikalangan hamba-hamba Allah yang beriman.

Al-Fatihah



Share: