Friday, August 01, 2014

Open House

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah, dah masuk Ogos dah.

Sumber : Google

Esok Sabtu dan Ahad, sahabat-sahabat dah ada dapat jemputan rumah terbuka ke?
Awal-awal ni kurang sikit kot, tunggula dah nak dekat abis Syawal, mesti bertindan-tindan orang buat kan?

Mama tak buat kot tahun ni. Saving tahun ni sebab ada projek hujung bulan ni.
Projek apa, nanti dah dekat-dekat mama war-warkan yer. Hehe

Kalau dah ada dapat jemputan tu, seboleh mungkin cubalah hadiri dan penuhi jemputan.
Kalau tak boleh datang, story mory awal-awal. Takdelah tuan rumah tertunggu-tunggu.
Kadang kita ingat kita ni bukan orang penting, tapi bagi orang lain mungkin sebaliknya.
Kesian dan kecik hati tuan rumah, dah jemput tak datang pulak.
Kang tak jemput, kecik hati katanya tak dijemput pulak.
Kan ke tak best macam tu.

Dah pergi ke rumah terbuka tu, cubalah jaga adab-adabnya.
Makan tu biarlah berpada-pada, jangan sampai tak boleh bangun dari kerusi.
Takpun, sampai terkeluar balik. Payah macam tu.
Kalau rasa semua macam sedap jer, kita ambil sikit-sikit, rasa dulu.
Kalau kena dengan selera, baru lah ambil lagi, itupun sikit-sikit la.
Kalau sehari tu ada 3-4 rumah, aish, mau meletup perut tu.

Kita kesian sikit kat perut. Dapat rehat sebulan, lepas tu kena kerja EXTRA keras.
Bukan setakat keras je yer, EXTRA keras.

Okla, selamat menghadiri rumah terbuka sahabat-sahabat mama semua.

Wallahua'lam

Share: