Thursday, August 21, 2014

Internal Audit!

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah.

Sumber : Google

Hari ni mama dan kawan-kawan kat sini kena Internal ISO Audit.
Auditla paling tak best kan? Siapa yang rasa best, memang mama tabik la. Hehe

Baru je habis ni, tu yang lambat up entry.
Part mama (Admin), Alhamdulillah, clean and clear.
Part kawan mama ni (Operation), sabar jela gamaknya.
Maunya berderet-deret Observation dan nasib tak baik, adala terlekat NCR satu dua ni.
Berpeluh-peluhla nak menjawab 'Tulang Ikan'.

Sumber : Google

ISO ni ada macam-macam istilah yang orang reka. Antara yang mama dengar - Itu Susah Orang.
Tapi sebenarnya ISO tu International Organization for Standardization.

Secara ringkasnya, sebenarnya ISO ni kira macam penstrukturan organisasi mengikut standard piawaian.
Memang nampak macam menyusahkan dan majoriti memang orang tak berapa suka. 
Yela, dengan dokumentasi nyer la dan proses-proses yang mesti diikuti tapi sebenarnya bila ada semua tu, bila jadi sesuatu dan kalau kita ikut semua yang ditetapkan, kita juga yang senang sebab segala bukti ada.
Kalau tak ikut, susahla nak cakap.

Keputusan dah keluar dan keputusannya adalah :  
OFI (Opportunity For Improvement) - 7, 
NCR (Non-Conforming Report) - 3

Nampak macam pengumpul yang berjaya la pulak. Hahaha
Selamat menjawab kepada mama dan team lah yer. Hahaha (Gelak nak sedapkan hati...huhu)

Sumber : Google

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab