Thursday, August 07, 2014

Kesedaran Sivik

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah.
Ini bukan entry geram tapi lebih kepada sedih dan kasihan terhadap generasi sekarang.
Sesetengahnya lebih pentingkan gadget atau bahasa lain smartphone masing-masing daripada membantu sesama kita. Bukan semua, sesetengah je yer.
Kanak-kanak, ibu mengandung & warga tua sepatutnya diberikan tempat duduk tapi masing-masing sibuk dengan handset. Tak bagi tempat duduk. Nasib baik ada sesetengah lagi masih sudi bagi tempat duduk.
Kadang tu, bukan main hanset, tapi pura-pura tido lagi. Tak ptotla macam tu kawan. Kalau orang lain yang lebih berkeutamaan, silalah berikan kepada mereka.
Apa rasa kalau benda yang sama jadi kat diri sendiri ataupun orang yang rapat dengan kita. Lagipon apa yang kita buat harini, insya Allah benda yang sama balik ke kita.
Apa-apapon, tepuk dada tanya diri. Semua terletak pada diri sendiri. 
Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab