Sunday, March 30, 2014

Selamat Hari Isnin

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Selamat Hari Isnin.
Cepat betul dah Isnin kan?

Jom panaskan enjin cepat sikit. Banyak urusan nak diselesaikan ni lebih-lebih lagi hujung bulan ni.
Bagi sesetengah, dah dapat gaji dah. Tapi sesetengah lagi macam mama, hari ini hari gaji.
Mula lah nak merangka rencana kewangan untuk sebulan dan akan datang.

Selamat Hari Isnin!


Going Back To School

Assalamualaikum
Alhamdulillah

Sumber : Google

Hari ini sesi persekolahan dah bermula untuk sesetengah negeri.
Bagi negeri-negeri yang lain, akan bermula esok.
Macamana anak-anak kita?
Senangkah bangun setelah seminggu berehat dan bercuti?
Meragamkah mereka?

Kepada semua ibubapa, banyakkan bersabar ye dalam menangani ragam anak-anak.
Hanya ini sajalah masanya yang kita ada bersama mereka.
Pejam celik, pejam celik, bila mereka dah dewasa, hanya kenangan bersama mereka yang kita ada.

Semoga hanya kenangan yang manis dan baik-baik belaka yang tersimpan di dalam memori mereka.
Insya Allah

Wallahuaklam

Saturday, March 29, 2014

New Workstation

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah


Entry yang lepas mama ada bagitau kan yang mama dah kena transfer ke site office area KL.
Ni la workstation mama sekarang. Baru lagi agak kemas la. Tunggu la sikit lagi.
Setakat ni mama ok lagi, tapi akan datang tak tau la kan.

Kat sini agak berbeza dengan site yang lama sebab kat sini macam-macam report nak kena buat.
Call masuk memang kurang. Selalunya hujung dan awal bulan memang kat sini sibuk.
Mama ke sini disebabkan menggantikan sahabat mama yang hari terakhir di sini.

Doakan mama kuat semangat dan dipermudahkan urusan di sini ye.
Mama rasa kurang yakin dengan diri sendiri pula bila ada kat sini.
Semoga rasa kurang yakin ini cepat-cepatlah terhapus.

Wallahuaklam

Friday, March 28, 2014

Semoga dipermudahkan

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Selamat pagi semua.
Mama sekarang dah kene transfer ke salah satu site lagi di area KL.
Jadinya, dalam tengah nak belajar macam-macam benda, tu yang mama senyap je semalam.
Mama mula transfer ke sini dari hari Rabu.
Kalau perasan, mama publish Wordless Wednesday dah lambat dah.

Insya Allah, kalau tak malam, weekend mama akan BW sahabat-sahabat mama ye.
Buat sementara ni, mama nak biasakan diri dulu dengan tugasan serta keadaan sekeliling.
Biasala, lain tempat, lain ragam dan keadaannya.

Mohon sahabat-sahabat mendoakan urusan mama di tempat baru dipermudahkan ek.

Sumber : Facebook

Wallahuaklam

Thursday, March 27, 2014

Wordless Wednesday - Fingerprints

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Tuesday, March 25, 2014

Brain test

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Tadi ni mama saja jela nak buat Brain test nak tengok banyak menggunakan otak bahagian mana.
Bila dah generate keputusannya, didapati :


Wow! hampir 75% ataupun 3/4 mama menggunakan otak kiri.
Waduh waduh...padan la susah sangat nak mengkreatifkan diri.
Tapi mama boleh juga akui mama memang suka merancang terutama hal keluarga.
Papa selalunya mengikut rancangan mama termasuklah balik ke kampung Perak. Tapi ada kala dia bagi juga cadangan mana-mana yang tidak bersesuaian.
Esok mama dah mula la merancang weekend nak buat apa dengan Amir terutama bila papa kena kerja. Hehe

Apa-apapun ini sekadar suka-suka. Nak percaya 100% pun tak boleh juga sebab mungkin keputusan boleh berubah (bole ke?)

Kalau yang berminat nak periksa, bole pergi SINI

Wallahuaklam

Salam takziah

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Malam tadi kita dikejutkan dengan berita pengesahan bahawa pesawat MH370 terhempas di tengah Lautan Hindi berhampiran barat Perth, Australia.
Mama berharap ahli keluarga mangsa serta sahabat handai mangsa redha, sabar serta tabah menghadapi berita yang disampaikan.
Sejujurnya, sebak dan menitis juga air mata mama bila mendengar berita tersebut.

Sumber - Facebook

Semoga gambar di atas sedikit sebanyak dapat meredakan serta menguatkan semangat ahli keluarga dan sahabat handai mangsa.

Wallahuaklam.

Monday, March 24, 2014

Cuti-cuti GIVE AWAY

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah


Jom kawan-kawan kita join GA dari +Hafiza AizZawa 
Nak join, kawan-kawan boleh klik kat banner ataupun SINI

Jawab satu soalan je "Fiza akan bercuti di ..............?"

Setelah mama risik dengan Nujum Pak Belalang, dia cakap "Fiza akan bercuti di Sabah".
Hehehe

Wallahuaklam

Selamat Hari Isnin

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Selamat pagi dan selamat hari Isnin.
Hari ini mama pergi kerja jalanraya lengang je.
Awal pulak sampai hari ini.
Kalau hari-hari macamni kan best. Hehe


Apa-apapun, jom panaskan 'enjin' cepat-cepat sikit.
Jom cari dan dapatkan mood kerja balik. Hehe

Wallahuaklam

Sunday, March 23, 2014

GIVEAWAY by PUAN HUSNA

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Jom kita join segmen sahabat kita ni...


Kalau nak join, bole klik kat banner atas ataupon klik SINI.

Alamak, bab komen-komen blog page orang ni, mama bukan orangnya. 
Tapi mama kasi jugakla atas permintaaan puan GA, +husna yusof 

Mungkin, puan husna bole cantikkan dengan centerkan gadget title, comei skit rasanya.

Mama mintak maaf ye kalau tak bersesuaian dengan jiwa dan kesesuaian sebab ianya hanya pendapat peribadi mama.

Wallahuaklam

Selamat...

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu kepada yang bercuti...
Selamat bekerja kepada yang bekerja...
Selamat bercuti sekolah kepada pelajar-pelajar sekolah...

Rasanya ramai yang mengambil kesempatan pergi bercuti...Tapi jangan lupa mengambil langkah-langkah keselamatan tambahan seperti :

1. Memberitahu jiran yang dipercayai & pihak polis tentang percutian kita
2. Memberitahu pihak penghantar suratkhabar supaya tidak menghantar suratkhabar
3. Memeriksa semua suis elektrik supaya berada dalam keadaan 'OFF' dan jika boleh, cabut plug daripada switch box.
4. Memeriksa pintu dalam keadaan berkunci sebelum meninggalkan kawasan rumah.

Itu antara langkah-langkah yang boleh diambil. Kalau mama, sebagai langkah tambahan, mama akan buka 1 lampu didalam  rumah samada lampu ruang tamu ataupun lampu dapur.

Mungkin sahabat-sahabat mama ada langkah-langkah tambahan lagi nak berkongsi dengan mama?

Insya Allah, mama akan bercuti awal bulan 5 nanti sempena ulangtahun perkahwinan mama. Kemana, belum diputuskan lagi. Mungkin sahabat-sahabat mama boleh cadangkan mama tempat-tempat menarik di Malaysia yang sesuai dengan papa, mama & Amir?

Selamat bercuti dan hati-hati walau apa jua yang kalian lakukan. ^_^

Wallahuaklam

Friday, March 21, 2014

I wan't be this small

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Thursday, March 20, 2014

100hari menuju Ramadhan

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah


Hari ini, sedar tak sedar, tinggal 100 hari sahaja lagi kita akan menuju bulan Ramadhan tahun ini.
100 hari tidaklah terlalu lama. Pejam celik, pejam celik, tup tup, esoknya kita sudah mula berpuasa.

Kepada yang belum ganti puasa, rasanya belum terlambat untuk menggantikannya.
Kepada yang sudah menggantikan puasa tahun lalu, Alhamdulillah dan tahniah mama ucapkan.
Sesungguhnya ia sesuatu yang dapat dibanggakan sekiranya dapat diselesaikan dengan awal.
Mungkin boleh digandakan dengan melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis untuk meng'ganda'kan saham kita di 'sana' nanti.

Kepada mereka-mereka yang sudah atau akan mempunyai ahli keluarga baru ataupun 'orang baru', tentu tak sabar-sabar menantikan bulan Ramadhan di mana dengan kedatangan 'orang baru' tersebut, sudah tentu meriah terutama pada waktu bersahur dan berbuka puasa.

Walaubagaimanapun, mama mendoakan sahabat-sahabat mama sekelian dapat bertemu dengan Ramadhan yang penuh barakah tahun ini.
Insya Allah, aamiin.

Wednesday, March 19, 2014

Wordless Wednesday - Alangkah indahnya...

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah


Tuesday, March 18, 2014

Ranking Alexa

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Pagi ini, mama terbaca entry daripada Saudara HH. Sahabat-sahabat boleh baca kat SINI.

Jadi, mama tiba-tiba terfikir nak tengok mama kat ranking mana.


Walaubagaimanapun, mama bukan kejar ranking, cuma sekadar suka bercerita.

Kalau nak cek, bole tekan SINI.

Wallahuaklam

Monday, March 17, 2014

Selamat Pagi

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Alhamdulillah...segar udara hari ini...
Udara kat tempat kawan-kawan pon segar juga ke?
Semalam boleh dikatakan seharian juga kebanyakkan kawasan menerima hujan.

Alhamdulillah...semoga hujan yang turun adalah hujan yang bermanfaat.
Insya Allah...aamiin...


Selamat Hari Isnin sahabat-sahabat sekalian.

Wallahuaklam

Sunday, March 16, 2014

SEGMEN : AYUINSYIRAH MENCARI RAKAN BLOGGER

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah


ANDA BERASAL DARI NEGERI MANA? 

Mama berasal daripada negeri JOHOR, sama dengan +Ayu Insyirah 

Jom join ramai-ramai...nak join boleh klik banner ataupun klik SINI

Wallahuaklam

Biar...

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Selamat berehat pada yang masih bercuti
Dan selamat bekerja pada yang mula bertugas hari ini
Wallahuaklam

Saturday, March 15, 2014

Editing

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Harini, sempena cuti ni, mama nak edit sikit muka blog mama ni.
Mungkin akan skema sikit sebab tengah cuba try and error.
Harap-harap takde la masalah ye.

Mohon jasa baik sahabat-sahabat mama menegur la ye mana-mana yang kurang dan perlu diperbaiki.
Tapi jangan mengharap secepat dan sesegera mungkin sebab mama masih newbie dengan coding ni.


All the best to myself...^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab