Alhamdulillah
Amir dah 3 sekarang. Bukan berpecah kepada 3, tapi dah 3 tahun sekarang.
Hari lahir Amir adalah pada Sabtu lepas, 21 Februari, tapi majlis kesyukuran Amir telah MPA sekeluarga buat hari Khamis malam Jumaat, bersempena majlis doa selamat adik MPA.
Majlis kesyukuran Amir tahun ni macam tahun-tahun lepas, MPA buat seringkas dan sesederhana mengikut kemampuan yang boleh sebab nak membiasakan Amir dengan majlis sambutan hari lahir yang sederhana sahaja. Takde tema bagai, cuma sedikit buah tangan buat budak-budak, sekadar memeriahkan majlis.
Kek ni Amir pilih sendiri. Bukan suruh Amir pilih, tapi dah bawak dia ke kedai kek, terus dia terjah nak kek ni. Cakap pilih kek lain, tak nak dah dia.
Alhamdulillah, seronok dapat potong kek pilihan hati.
Mama dan papa doakan :
Semoga Amir Syukur menjadi hamba Allah yang taat, anak dan pemimpin yang soleh,
serta semoga Amir Syukur menjadi kesayangan penduduk di langit dan bumi.
Aamiin, Ya Rabb.
Terima kasih padaMu, Ya Allah kerana meminjamkan Amir Syukur kepada kami selama 3 tahun. Semoga kami semua dapat mendidik Amir Syukur sebagaimana yang Engkau kehendaki. Insya Allah.