Saturday, February 14, 2015

Layan kedai makan Upin Ipin

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Semalam sim kad suami MPA meragam, langsung takde line daripada pagi sampai malam.
Suami MPA ingatkan handphone dia rosak, rupanya sim kad meragam.
Jadi, dalam lepas solat Maghrib, kami semua gerak ke Maxis Center di KL Sentral.
Nasib baik dapat sampai awal walaupun area KL hujan Maghrib semalam.
Susah juga kalau sim kad meragam ni, kalau ada apa-apa kecemasan, susah nak hubungi.
Alhamdulillah, masalah dapat selesai dalam masa lebih kurang 20 minit jugakla.

Lepas tu, kononnya nak celebrate birthday suami MPA. Takla gah sangat, sekadar makan di luar je.
Saja nak cari kedai makan kat area Bandar Tasik Permaisuri. Sekali salah jalan pulak.
Bukan salah jalan apa, sekali ternampak la pulak kedai makan Upin Ipin.
Amir dah mengajak je nak ke kedai makan Upin Ipin. Redha jela kami dah anak nak.

Masuk ke ke kedai makan Upin Ipin, bukan main excited lagi dia. Kebetulan kedai tersebut tak ramai orang masa kami masuk. Jadi, selesa la untuk kami pilih tempat duduk. Pelayan kedai mencadangkan kami duduk berdekatan dengan TV supaya boleh la Amir tengok cerita Upin Ipin.
Dah nama kedai Upin Ipin, jadinya memang cerita Upin Ipin la sepanjang hari.


Papa Amir tengah belek telefon sebab sim kad baru tapi nombor tetap nombor lama.


Amir pun sibuk jugak nak pilih order. Alih-alih ralit tengok Upin Ipin.


Sebelum pesanan sampai, Amir sibuk nak bergambar dengan lukisan Upin Ipin yang ada kat dinding kedai makan tersebut.


Sibuk nak bergambar tapi inilah Amir, bukan nak pandang kamera.


Birthday man pun tak nak lepas peluang bergambar bersama anaknya tapi like father like son, dua-dua tak nak pandang kamera.

Alhamdulillah, pesanan tak lah terlalu lama ditunggu, disebabkan tak ramai orang. Birthday man order Nasi Ayam Merah, MPA order Spagheti Marinara dan Amir pula kami orderkan Fish & Chip. Rasanya pun pada pendapat MPA ok la, papa Amir pon tak komen dan makan habis. Maksudnya sedap la tu. Amir pun makan banyak spagheti MPA sebab Amir minat makanan jenis mi, bihun dan spagheti. Kira memenuhi selera dia la ni. Minta maaf tak sempat nak ambil gambar disebabkan lapar sangat. Hihi

14 comments:

  1. Hee.. Comelnya amir ditengah gambar upin ipin tu.. ;D

    ReplyDelete
  2. nak tanya gak mana gambar . dah lapar kan nak buat camna ... heh heh . pandai pemilik ni guna upin ipin sbg daya penarik bisnes nya ... selamat hari lahir kpd papa amir . semoga dipanjangkan umur , diberi kesihatan yg berpanjangan dan berbahagia bersama keluarga tercinta ... aaamin .

    ReplyDelete
  3. Di Jb pun ada satu restoran upin ipin. Tapi Ros tak pernah masuk.

    ReplyDelete
  4. budak2 suka Upin Ipin mesti suka tempat ni kan. hehe

    ReplyDelete
  5. Wahh seronok... meriah je tengok semua.. :)

    ReplyDelete
  6. Hmm dah sedap nampaknya nasi ayam Upin Ipin ni ye .. sebelum ni ramai yang komplen ia tak berapa menarik .. apatah lagi dibandingkan dengan harganya .. :)

    Bila dah buat entri review ni .. tag je pihak upin ipin .. manalah tahu kot2 ada rezeki akan datang.


    Jom Aktifkan MyKad

    ReplyDelete
  7. Heppi Besday untuk En Suami yer... selalu gak melepak kat BP tu... tapi tak pernah tercadang nak menyinggah ke kedai Upin Ipin nih.. next time lah

    ReplyDelete
  8. Alahaiii seronok betul si comel bergambar kat lukisan upin ipin. Anak saya pun minat sgt kartun ni.

    ReplyDelete
  9. yang bestnye makan sini..
    org besar pun leka tgk TV citer upin ipin..
    huhuhuhu...
    makanan dia ok je to me..

    ReplyDelete
  10. wah siap ada kedai makan upin ipin.. ni kalau bawak anak2 buah CT huurm..
    x makan la bebudak tu ehehe..

    ReplyDelete
  11. Assalam MPA,
    waaaaaaa
    sonoknya si amir he3
    bebudak dengan upin ipin memang faatik
    samala dengan anak iols si Fayyadh :P

    ReplyDelete

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab