Wednesday, February 25, 2015

Syukuri Apa Adanya

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Hujan turun kat area KL ni. Malam ni sejukla sikit. Sekarang ni kan cuaca panas yang agak terik. Tapi insya Allah, malam ni MPA nak balik Perak jap. Esok MPA dah mula cuti sampailah hari Isnin, untuk majlis adik-adik MPA.


Sebenarnya nak balik Perak, nak ambil mentua. Mentua teringin nak ke sini. Mulanya mereka nak naik bas, taknak susahkan anak-anak. Uish, tak sampai hati pulak dengar mereka naik bas. Apalagi, MPA dan suami sepakat ambil mereka. Takpelah, sementara mereka masih ada lagi. Nanti dah takde, harap tak ada apa yang nak dikesalkan.

Harap maaf, MPA bukan niat nak bangga diri dan bermegah. Cuma kita sebagai anak, mestilah hargai kedua ibubapa baik yang kandung, mentua, angkat, mahupun tiri. Walaupun tidak dinafikan ada yang cerewet, bengkeng dan bersikap kasar, tapi mereka adalah 'lubuk' pahala kita. 

Beruntung kita masih dipinjamkan Allah untuk bersama mereka. Bayangkan bagaimana perasaan sahabat yang ibubapanya telah kembali kepada Maha Pencipta.

Harap tiada yang berkecil hati mahupun berasa hati. Kepada yang dah lama tak hubungi ibubapa, jom kita hubungi tanya khabar dan perkembangan mereka. Kepada yang sudah lama tak balik kampung, jom curi masa sikit hujung minggu kita ziarah ibubapa kita. Kepada yang telah tiada, jom kita berdoa dan bersedekah atas nama mereka, mudah-mudahan doa anak yang soleh dan solehah akan sampai kepada mereka. Insya Allah.

Share: