Monday, January 11, 2016

Bila mengantuk

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Minta maaf harini lambat bersiaran.
Almaklum, ada anak kecil. Lagi-lagi tune tidur dia belum betul lagi. Malam tadi puas dia mencelikkan mata, terkebil-kebil. 
Nak dibiarkan sorang-sorang, belum sesuai lagi. Kita pon berjaga sampai ke pagi.
Akibatnya, bila kat opis :
Sumber : google
Tapi tak la menganga macam tu. Tersenggut-sengut, ya memang mengaku. Kata orang ambil kopi, tapi disebabkan kopi ada kafein, tak dapat SAW nak ambil. Sebab anak SAW menyusu badan. Kafein mempengaruhi penghasilan susu badan. Lagipun kafein menyekat penyerapan zat makanan. Ini berdasarkan pengalaman SAW masa preggy haritu. Walaupun SAW ambil teh saja setiap hari, SAW mengalami masalah kekurangan darah sehinggakan perlunya mengambil pil tambah darah. Tapi lain orang lain caranya. Ada yang ok, Alhamdulillah, tahniah. Yang tak ok, give me five. Hihi
Berbalik cerita mengantuk tadi, antara yang SAW lakukan ialah :
1.Banyakkan pergerakan fizikal seperti berulang-alik ke tandas ataupun mesin fotostat.
2. Membasuh / membasahkan muka
3. Kurangkan melakukan tugasan yang memerlukan fokus yang tinggi dan membaca
4. Minum air kosong suam
5. Yang terakhir, ambil masa sedikit waktu rehat untuk tidur.
Yang no. 5 tu mestilah kan kalau dah kritikal sangat. Hihi
Apa pula petua sahabat SAW? Sharing is caring. ^_^

2 comments:

  1. kalau dah mengantuk tu memang mata rasa pedih jer... petuanya cari coffee...

    ReplyDelete
  2. Mmg slalu ambil coffee bila ngantuk hu huu

    ReplyDelete

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab