Friday, January 15, 2016

Salam Jumaat - Bersyukur apa adanya

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Salam Jumaat semua.
Ada sesuatu yang SAW nak kongsikan pada sahabat semua yang SAW jumpa di Facebook :
Dan ia telah memberi kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya 
(Surah Ibrahim : Ayat 14)

Alhamdulillah, memang banyak nikmat Allah pada kita. Untuk menghitung, memang tak terhitung la kan. Antaranya nikmat penglihatan, nikmat akal, dan pelbagai lagi. Ada antaranya berbeza antara satu sama lain seperti nikmat harta. Tapi jangan terlupa yang kadang kita terkurang di bahagian ini tapi kita ada kelebihan di bahagian lain. Tu sebab kita tak perlu nak iri hati sangat dengan kelebihan orang lain. Kadang tu, orang lain menjadikan kekurangannya sebagai kelebihan buat dirinya sendiri.

Walauapapun nikmat kita yang Allah beri, yang paling penting bersyukur apa adanya sebab hanya Dia yang tau apa yang terbaik buat kita, hambaNya. Allah kan Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.

Semoga kita semua tergolong dikalangan hambaNya yang bersyukur. Insya Allah.

Wallahua'lam

3 comments:

  1. Slm jumaat kak...lya sntiasa besyukur dgn apa yg lya miliki skrg

    ReplyDelete
  2. Slm jumaat kak...lya sntiasa besyukur dgn apa yg lya miliki skrg

    ReplyDelete

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab