Saturday, January 16, 2016

Family Time - Amir yang tengah rajin

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Harini kami tak kemana, sebab En Suami kerja. Harini SAW jadi babysitter, jaga anak-anak pulak. Dah dengan anak-anak, apa lagi beraktiviti dengan mereka la kan.

Untuk Amir, SAW ajak menulis sebab dia tengah minat sangat menulis sekarang ni. Alhamdulillah, anak istimewa SAW ni kidal rupanya.


Kesian terbongkok-bongkok, kita kasi meja untuk menulis.


Ni time dia rajin. Nanti datang penyakit M dia (M untuk Malas...huhu), memang apa pun tak jadi. 

Dalam ahli keluarga SAW, mak kidal orangnya. Belah mentua pula, sepupu Amir iaitu anak kakak ipar SAW kidal orangnya. Tak sangka menurun ke Amir rupanya. SAW dulu ada sahabat kidal, suka tengok dia menulis, sebab lain daripada yang lain. SAW pon suka tengok mak buat keje. Bagi SAW ianya unik dan istimewa, bukan semua orang ada keunikan ini. Betul kan?

Ada tak sahabat SAW yang kidal kat sini? Cer komen sikit keistimewaan sahabat SAW ni. Ramai juga nak tau ni.

Wallahua'lam
Share: