Sumber : Facebook
CARA UNTUK MENDAPAT PAHALA SETELAH MATI :
1. Beli Al-Quran kepada seseorang; setiap kali dia membacanya kamu mendapat pahala.
Selain itu, sedekahkan Al-Quran ke masjid, sekolah pondok mahupun sekolah tahfiz. Mudah-mudahan bermanfaat buat mereka dan kita pun dapat ganjaran. Kan best macam tu.
2. Sedekah kerusi roda kepada hospital; setiap kali orang sakit menggunakannya, nescaya kamu akan mendapat pahala.
Masa Ain di hospital tempoh hari, SAW perasan banyak juga kerusi roda hasil sedekah sebab kat kerusi roda tu, ada tertulis sumbangan daripada siapa. Alhamdulillah, banyak ganjaran orang yang bersedekah kerusi roda sebab memudahkan urusan orang lain.
3. Turut serta dalam pembinaan masjid.
Kalau tidak banyak duit untuk bina masjid, menyumbang tenaga, kepakaran dan tanah pun boleh dalam pembinaan masjid. Ikut kemampuan masing-masing; tepuk dada tanya hati.
4. Meletak watercooler di tempat awam
Kalau musim panas macam sekarang ni, dapat air sejuk, nyamannya rasa. Beruntungnya orang yang sudi letak watercooler. Tapi kepada yang lain, dah ada kemudahan watercooler tu, sama-samalah kita jaga. Sayangnya bila amat memerlukan, ianya rosak pula.
5. Menanam pokok. Kamu menerima pahala sekiranya ada manusia mahupun binatang berteduh di bawahnya atau makan darinya.
Kalau berjalan sewaktu panas, sebolehnya mesti kita nak lalu di tempat redup dan kurang panas seperti di bawah pokok. Paling tidak pun, kita nak tumpang berteduh kan? Kalau pokok buah pula, sambil berteduh boleh sambil menikmati buahnya bukan? Orang yang berteduh dapat manfaat, yang menanam pun dapat ganjaran.
6. Cara yang terakhir dan paling mudah adalah kongsi mesej ini kepada semua; sekiranya ada orang yang mampu melakukan salah satu perkara di atas maka kamu mendapat pahala.