Tuesday, January 05, 2016

Kos semakin meningkat

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Bila dah mula kerja ni & sekolah pon dah bermula, apa lagi, traffic jam pon bermula juga. Masa cuti sekolah yang lepas, rileks je keluar rumah lambat untuk ke tempat kerja tapi sekarang ni, dah tak boleh lagi. Kalau keluar lambat juga, alamatnya lambat la sampai ke tempat kerja.

Semalam, SAW sempat sembang-sembang dengan beberapa ibubapa tentang persekolahan anak masing-masing. Almaklum, anak belum bersekolah. Rata-rata mereka bagitau kos persekolahan sekarang agak mahal. Harga buku telah meningkat. Dulu buku tulis, dapat la dalam 80 sen. Sekarang dah RM 1.00. Memang terasa sebab kita tak beli 1 saja buku tulis, tapi banyak. Buku latihan yang lain pon kena ambil kira.


Cadangan SAW, kita buat tabung pendidikan anak-anak. Ni anak dah masuk sekolah, takpela. Kita mula kumpul dari bulan ini untuk persekolahan anak tahun depan pula. Tahun depan kita tak tau lagi macamana kan? Ntah-ntah makin naik lagi harga, kita belum tau. Bak kata pepatah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Sahabat SAW ada cadangan lain? Jomlah share.


2 comments:

  1. betul tu.. cabaran for parents skrang ni.. lagi2 yang anak2 ramai serentak perlukan barang2 persekolahan.. tabahlaa kak ye..

    ReplyDelete

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab