Monday, January 04, 2016

Selamat berkerja di awal tahun

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah.

Harini hari pertama berkerja untuk tahun 2016. Agak-agak semangat tak nak kerja harini? Kalau SAW, memang hati nak duduk rumah jaga anak tapi belum boleh lagi. Takpe, takpe. Semoga dimurahkan rezeki SAW untuk duduk rumah dan jaga anak. Manalah tau boleh berbisnes pula dari rumah, macam istilah sekarang Work At Home Mom (WAHM). Insya Allah, one fine day.

Tadi masa bawa kereta, terdengar motivasi pagi di radio Ikim. Pagi ni Ustaz Don yang sampaikan. Antara intisarinya ialah :

1. Mulakan hari dengan membaca doa

Sumber : google

Semoga sepanjang hari kita hari ini diberkati Allah, insya Allah.

2. Jadikan kisah Siti Hajar dan Nabi Ismail sebagai tauladan
Kisah yang mana? Ala, kisah kesungguhan Siti Hajar mencari air minuman buat Nabi Ismail yang menyebabkan Siti Hajar berlari di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah. Dari situ kita lihat kesungguhan seorang ibu mencari rezeki buat anaknya. Memang patut dijadikan contoh buat semua ibu, tak semestinya yang keluar berkerja macam SAW, yang berkerja dari rumah pon sama. Eh, bukan ibu je, ayah pon sama juga. Kang ayah ingat dia tak payah. Oh, no no no.

Yang SAW dengar itu la. Ada yang tertinggal ke? Minta tolong tambahkan dikomen bawah ye. Almaklum, kadang bawa kereta khayal atau khusyuk sangat, sampai tak terdengar. Hihi

Wallahua'lam

3 comments:

  1. assalam
    selamat bekerja di awal tahun baru.moga dimulai dengan yg baik dan di akhiri dgn yang baik baik

    ReplyDelete
  2. selamat bekerja..untuk semua...satu info yang menarik ....terima kasih

    ReplyDelete
  3. semangat kena tinggi ni tahun baru mula bekerja.. gitu =)
    senyum2 selalu..

    ReplyDelete

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab