Thursday, May 19, 2016

Bahaya juga jadi orang pertama ni

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


Alhamdulillah

Sekarang macam-macam cerita kita boleh dapat, cepat pulak tu. Yela, kadang baru kejap tadi kuar berita, dah ada kat internet. Tapi tak kurang juga ada yang direka-reka sampai jadi viral. Ish..ish..bahaya tu kalau tak betul, boleh menjatuhkan dan mengaibkan orang lain.

Kan lebih baik kita tapis dulu segala berita yang diterima sebelum menyebarkannya, mana tau ianya cuma andaian dan khabar angin je tapi jadi macam berita betul pulak.

Kalau yang betul tu, sebarkanlah untuk kebaikan bersama. Tapi kalau rasa tak betul tu, sampai kat kita je udahla. Yang terbaik dapat tanya pada orang yang berkenaan untuk pengesahan berita tersebut. Terpulang pada empunya badan untuk berterus terang andaikata ia melibatkan maruah dan aib. Apa yang penting, kita elakkan diri dari berita yang lebih kepada khabar angin untuk kebaikan bersama.

Wallahua'lam

P/s : sekadar peringatan untuk diri MPA dan sahabat-sahabat agar lebih berhati-hati terutama dunia tanpa sempadan sekarang ni.

1 comment:

  1. betul tu..selagi xsahih...jgn la rajin2 tekan share

    ReplyDelete

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab