AFB Feed

Friday, May 27, 2016

Berkampung di hospital

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Minta maaf semua, beberapa hari MPA tak bersiaran. MPA pada waktu ini agak sibuk, menemani anak solehah MPA, Ain di hospital.

Untuk kali ke-2, Ain dimasukkan ke hospital. Kali ini bukan untuk kes dia yang sebelum ni yang MPA pernah cerita kat SINI. Kali ni untuk kes Bronchopneumonia.

Apa itu Bronchopneumonia?
Bronchopneumonia tu adalah salah satu jenis Pneumonia iaitu radang pada paru-paru disebabkan jangkitan virus, bakteris atau kulat. Bronchopneumonia memberi kesan pada kedua-dua paru-paru dan bronchi.
(Sumber : SINI)

Mulanya Ain mengalami batuk yang agak kerap, disusuli demam panas dan kadar pernafasan yang tinggi. MPA dah tak fikir panjang dah, terus bawak dia ke Emergency HKL. Lagipon, Ain masih under Pakar Paeds HKL untuk kes dia sebelum ni. Jadi, kalau apa-apa, senang dorang nak cari rekod kesihatan Ain. 

Apa yang boleh MPA cakap, Emergency HKL memang cepat. Dalam masa 1 1/2 jam - 2 jam je dari mula kami sampai, kami dah masuk wad.
Pada mulanya kami dimasukkan ke wad biasa. Tapi bila doktor wad tengok keadaan Ain terutama SpO2 dia, doktor terus suruh masuk Pediatric ICU. Hati ibu mana yang tak sedih bila tau keadaan anak dan tengok anak berselirat dengan wayar. Tapi kena kuat, cekal, sabar dan redha dengan apa yang jadi, di samping tidak putus-putus mendoakan yang terbaik buat anak. Yela, kalau ibu & bapa tak kuat, macamana anak nak kuat.
Alhamdulillah, lebih kurang 2 1/2 hari sahaja Ain di Paeds ICU. Semalam, Ain dah dipindahkan ke Pediatric High Dependency Ward. Sebelum ni doktor kata Ain bergantung penuh pada alat bantuan pernafasan. Sekarang ni doktor tengah slowly kurangkan kebergantungan itu. Kahak Ain yang banyak pada mulanya, dah makin berkurang sebab nurse kerap buat suction. 
Untuk Paeds ICU & Paeds HDW ni, ibubapa bole tengok anak masing-masing cuma pastikan tangan dah dicuci dengan bersih sebelum pegang anak. Biasala, kita tak tau apa yang ada kat tangan kita. Lagipun anak tengah tak sihat kan. Pelawat pon boleh datang melawat tapi hanya 2 orang saja yang dibenarkan. 2 orang ni termasuk ibubapa. Maksudnya, atok dan nenek nak tengok bole, tapi gilir-gilir la.
MPA pon berkampung kat wad sebenarnya. Balik rumah untuk tengok Amir, basuh kain baju kotor dan amik kain baju bersih. Selebihnya, makan dan tidur kat wad ni, di samping temankan Ain.
Mudah-mudahan sempena hari Jumaat ini, kesihatan Ain akan bertambah baik dan terus baik. Insya Allah. 
Kalau sudi, minta tolong doakan anak solehah MPA ya, Ain Humaira. Semoga doa kalian akan berbalik juga kebaikannya kepada sahabat-sahabat MPA sini. Insya Allah.
Wallahua'lam

1 comment:

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab