AFB Feed

Tuesday, May 10, 2016

I am a toddler

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah


I am toddler.
I am not built to sit still,
keep my hands to myself,
take turns, be patient,
stand in line or keep quiet.
I need motion, novelty,
adventure and to engage the
world with my whole body.
Let me play.
Trust me, I am learning.

Saya seorang kanak-kanak.
Saya tidak terbina untuk berdiam diri,
 dan memeluk tubuh,
menunggu giliran, bersabar,
berdiri di barisan ataupun diam.
 Saya perlu bergerak, sesuatu yang baru,
pengembaraan dan melibatkan
dunia dengan seluruh badan saya.
Biar saya bermain.
Percayalah, saya sedang belajar.

Luahan hati seorang kanak-kanak.

MPA sendiri akui kadang-kadang mengharapkan Amir melakukan sesuatu yang betul saja, tanpa sedar yang dia seorang kanak-kanak yang ada masanya perlu explore sendiri sesuatu perkara. Bukan semua perkara kita boleh biarkan saja ya, ada juga yang perlu bimbingan dan pemantauan kita misalnya ketika mereka bermain di taman permainan. Bukan tak kasi lepas bebas, tapi biarlah permainan itu bersesuaian dengan umur dan pantau supaya tidak ada kes yang tidak diingini berlaku seperti kecederaan. Biarkan mereka belajar dengan cara mereka sendiri. Macam kita juga, ada perkara yang kita belajar sendiri melalui pengalaman. Bukankah pengalaman adalah guru yang terbaik buat kita semua?

Kita hargai, sokong dan nasihat sekiranya perlu; tanpa membiarkan mereka bersendirian. Sekiranya perlu diambil tindakan tegas, silakan tapi fikirkan adakah ianya berbaloi dan bersesuaian dengan peringkat anak-anak kita atau tidak. Beringat, jangan ikutkan sangat rasa amarah. Takut-takut perkara lain pula yang timbul.

Wallahua'lam.

3 comments:

  1. toddler adalah waktu mereka discover new things, explore their own world kan.. kita mak ayah ni kadang2 terlalu defensive.. just my two cents..

    ReplyDelete
  2. JALAN-JALAN SINGGAH

    http://jmbelog.blogspot.my/

    http://ohbloggerr.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. Indah luahan tu.
    Apa yg penting, kena sabar dgn anak kecik ni. Dia lom paham. Dia tau apa yg dia nak aje :-)

    ReplyDelete

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab