AFB Feed

Friday, May 06, 2016

Pesta Buku

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Bagi ulat buku, mesti seronok sekarang ni sebab tengah pesta buku.
Pesta buku apa lagi kalau bukan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016.


Kalau masa belum ada anak lagi dulu, rajin juga saya dan adik-adik ke sini tapi masa tu masih kat PWTC. Seawal pagi dah gerak sebab tau payah nak parking nanti.
Tapi mulai tahun ni, ia dah berpindah tempat. Untuk tahun ni, dorang buat kat MAEPS, Serdang. Kalau ikutkan memang dekat dengan rumah, tapi ada anak kecik ni, memang tak dapat dah nak ke sini. Kalau nak boleh, anak kena tinggallah kan. Bagi saya pulak, selagi boleh angkut, nak je angkut dorang. Kesian pulak kena tinggal. Huhu

Oleh itu, bagi yang payah sikit nak ke Pesta Buku Antarabangsa KL ni kan macam saya, boleh juga gunakan jari jemari anda yang comei tu ke sini :


CYBER BOOK FAIR

Sama je tarikhnya, sampai 9 Mei, minggu depan; cuma bezanya ni kita duduk diam-diam dan online. Banyak juga buku-buku menarik kat sini. Buku keagamaan, keibubapaan, novel, dan macam-macam lagi. Ada diskaun 70%, 60%, 50% dan banyak lagi diskaun la. Insya Allah, penghantaran pun cepat. Saya ada juga beli 2-3 buku untuk saya sendiri dan Amir. Buku apa tu, nanti la ek saya stori mori. Hihi

Cuma bezanya kat Cyber Book Fair ni, tak la banyak sangat-sangat pilihannya macam kat PBAKL tu. Tapi tak la penat kita berjalan dan meronda guna kaki. Penat berjalan dan meronda guna mata, betullah tu. Hihi

Membaca kan jambatan ilmu. Semakin banyak kita membaca, semakin banyak yang kita tak tahu. Jom amalkan budaya membaca. Semoga semakin banyak ilmu kita, semakin kita dekat dengan Maha Pencipta kita. Insya Allah.

Wallahua'lam

3 comments:

  1. mudah dah kan.. tak perlu nak bersesak bagai...

    ReplyDelete
  2. terus terang aida x pernah gi pesta buku ni.
    ramai opismet gi. beli novel terutama nyer :)
    aida ni bukan kaki baca novel. but anak sulung aida suka!
    and aida support.

    ReplyDelete

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab