Monday, May 09, 2016

Perjalanan Abadi

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


Semalam pagi, kami sekeluarga dikejutkan dengan kehilangan sepupu yang sebaya dengan saya di Mersing, Johor.


Kebetulan saya balik ke Perak minggu ni. Jadi, ada rasa sedikit terkilan dengan pemergian beliau sebab tak dapat hadir bersama sepupu-sepupu dan makcik pakcik yang lain.
Nak dikatakan kami kamceng sangat tu, tidaklah juga tapi beliau merupakan rakan sepermainan saya masa saya kecil dulu. Masa kecilnya beliau sempat tinggal di KL sebelum berpindah ke Mersing.


Kali terakhir saya jumpa beliau pada bulan 3, saja balik ziarah sanak saudara. Tak sangka itulah kali terakhir saya akan bertemu beliau. Kehilangan beliau memang memberi kesan di hati kami. Sesungguhnya, mati itu pasti dan tidak mengenal darjat, pangkat dan umur. Semoga Mohd Fazli bin Sabdar Ali ditempatkan dikalangan hambaNya yang soleh, insya Allah.




1 comment:

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab