Thursday, July 21, 2016

Tidak perlu malu

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
MPA bersyukur sangat dengan apa yang berlaku pada ahli keluarga MPA. Walaupun keadaan Ain tidaklah seperti abangnya, Amir dan kanak-kanak yang lain, MPA bersyukur dengan ujian Allah ini. Pengalaman menemani Ain hampir sebulan di wad dalam bulan May 2016 serta baru-baru ini banyak memberi pengajaran pada diri MPA sendiri yang mana ujian yang menimpa kita adalah dibawah kemampuan kita dan ada lagi hamba Allah yang lain diberi ujian yang lagi hebat daripada diri kita.

MPA pernah dilontarkan soalan, "Macamana adik nak bergambar raya ni?"

MPA dengan tanpa ragu-ragu pun menjawab, "Bergambar sajalah".

MPA akui, pada mulanya memang sedih dan tipulah kalau MPA kata takde rasa malu ada anak sebegitu. Rasa menyalahkan diri sendiri pun MPA pernah rasa; menyalahkan diri sendiri atas apa yang terjadi pada anak. Tapi bila direnung sedalamnya, MPA rasa sebaliknya pula; berbangga dengan keadaan Ain. 
Kenapa nak berbangga pula?

MPA rasa bangga sebab Ain adalah unik, lain daripada yang lain. Tak semua kanak-kanak akan mengalami dan menghadapi apa yang Ain alami. MPA juga berbangga dengan Ain sebab Ain kuat menghadapi apa jua ujian buatnya, yang juga merangkumi ujian buat diri MPA dan ahli keluarga MPA sendiri.
MPA sendiri perlu buang jauh-jauh rasa malu dalam diri MPA terhadap apa jua keadaan Ain supaya Ain tidak perlu rasa malu dan rendah diri dengan keadaan dirinya. Kalau MPA malu, apatah lagi Ain yang menghadapi dan mengalaminya sendiri. 
Alhamdulillah, sokongan kuat daripada suami, ahli keluarga MPA dan ahli keluarga mentua MPA banyak membantu MPA menghadapi semuanya. Bukan mudah nak menghadapi semuanya terutama bila kemana-mana memang kami menjadi perhatian. Bagi MPA, kasihan kepada Ain jika ditinggalkan bila kami nak kemana-mana. Lagipun, MPA nak Ain dapat merasa macamana budak-budak lain yang seusia dengannya merasa seperti berjalan-jalan bersama-sama bersama keluarga. Memang agak payah bila bab mengemas barang Ain sebab pelbagai ubatan dan keperluan Ain perlu kami bawa tetapi bagi MPA, ianya menyeronokkan sebab Ain ada bersama kami dan keperluan Ain dapat kami penuhi pada bila masa memerlukan.
Kepada ibubapa yang memiliki anak istimewa, tidak kesahla bagaimana istimewanya mereka, raikan dan syukuri dengan anugerah yang Allah berikan itu. Mana tahu mereka adalah lubuk pahala kita. Memang diakui seringkali kesabaran kita diuji tapi insya Allah, berkat kesabaran dan ketabahan kita, Allah angkatkan darjat kita di mataNya. Berbanggalah dengan keunikan dan keistimewaan mereka kerana keistimewaan dan keunikan merekalah membuatkan kita membuka mata kita kepada perkara baru serta membuatkan kita mempelajari perkara-perkara baru.

Semoga kita semua yang memiliki anak istimewa ini terus tetap tabah, sabar dan cekal dalam menjaga dan mendidik mereka menjadi hambaNya yang soleh dan solehah, insya Allah.
Wallahua'lam

3 comments:

  1. Banyak pahala akak inshaAllah.....lain org lain ujiannya

    ReplyDelete
  2. JENJalan dan BW. ain anak syurga...moga sentiasa kuat dan tabah

    ReplyDelete
  3. Betul tu tiada apa yang nak dimalukan.
    Untung Ain ada ibu dan family macam MPA.
    Maaf tanya, Ain istimewa yang bagaimana DS ke?
    Tengok gambar tu sama aje macam kanak-kanak normal.

    ReplyDelete

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab