Friday, July 25, 2014

Adab Ziarah-Menziarahi

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
Wah, harini mesti ramai dah mulakan perjalanan balik kampung.
Hati-hati di jalanraya ye semua.
Sumber : Google
Insya Allah, esok petang baru mama balik ke kampung belah suami kat Perak.
Mama akan berada di sana sampai hari raya ke-3 je. Hari raya ke-4 mama dah mula kerja.
Cukuplah tu kot.

Semoga dengan kesempatan yang ada, kami sekeluarga sempat ziarah saudara-mara & sahabat handai yang berdekatan.

Dalam kita sibuk beraya dan ziarah-menziarahi, jangan kita lupa adab-adabnya. Antaranya :

1. Berikan salam (Assalamualaikum) kepada yang Muslim. Yang bukan Muslim, kita ucapkan 'Selamat Pagi' atau 'Selamat Sejahtera' ataupon yang sama maksud dengannya.

2. Bila dijemput, barulah kita masuk. Jangan main terjah je. Kesian tuan rumah. Agaknya dia tengah kemas ke sebab baru je tetamu balik, kita dah terjah.

3. Dah masuk rumah tu, mata kena jaga sikit. Jangan melilau je. Takpun terus belek barang perhiasan tuan rumah. Aish, tak manis la macam tu. Kalau ada yang tak kena, jangan ditegur direct je. Berkias ke, takpun cakap slow-slow dengan tuan rumah. Tak la malu sangat tuan rumah. Ye tak?

4. Yang ni penting ni bagi yang ada anak kecik. Awasi anak kita. Tegur mana yang salah. Jangan wat dek je. Anak-anak memang suka nak explore tapi ape cer kalau sampai nak masuk bilik atau selongkar rumah orang. Adoi, tuan rumah dengan kita-kita boleh malu sekali.

5. Dalam tengah makan kuih raya atau ketupat atau sewaktu dengannya, kalau tuan rumah lupa nak hidang air, jangan sound setepek pulak. Alahai, agaknya tuan rumah terlupa kot. Sabar jelah yer. Kadang tuan rumahnya tak sempat siapkan, takpon tak sihat. Tak larat nak buat tu semua.

6. Hah, dalam tengah-tengah makan tu, kalau tak sedap, diam je. Mungkin tekak kita tak sedap. Tekak orang lain sedap. Jadinya, jamah jela sikit supaya tuan rumah tak kecik hati. Kan tak elok kalau ada yang berkecil hati. Kita ni dahla beraya rumah orang, buat orang kecik hati pulak.

7. Kalau boleh, walaupun dah lama sangat tak jumpa, mungkin boleh kita hadkan masa untuk beraya. Yela, kadang tuan rumah tu penat layan tetamu dari awal pagi lagi, nak rehat. Kesian la kat tuan rumah tu yer.

8. Sebelum balik, kita salam-bersalaman, maaf-bermaafan sesama kita dan tuan rumah. Apa yang penting di sini, walaupun hari raya, ingat batas kita antara muhrim dan bukan muhrim. Walaupun niat kita baik nak minta maaf, tapi ianya tidak menghalalkan cara tau.
9. Akhir sekali, ni agak penting bagi anak yang dah pandai bercakap. Tegur, nasihat dan ingatkan anak-anak jangan biasakan minta duit raya. Kalau ada rezeki, adalah. Syukur dengan apa yang ada. Mana tau tuan rumah tak berkemampuan. Kita datang pon untuk ziarah kan, bukan duit raya.

Itulah sikit-sikit tips dari mama. Ada yang kurang, mama alu-alukan untuk penambahan.

SEMOGA BERMANFAAT!!

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab