AFB Feed

Sunday, July 06, 2014

Tips ke Bazar Ramadhan

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Salam Ramadhan semua & selamat hari Ahad!

Hari ini agak-agak berbuka apa ya? Pergi bazar Ramadhan atau sekadar masak saja?


Kalau ke Bazar Ramadhan, mungkin sahabat-sahabat boleh praktikkan :

1. Rancang dan pilih Bazar Ramadhan yang hendak dituju. Kalau boleh elakkan last-last minit. Takut-takut susah nak dapat parking tak pun parking jauh dari bazar tersebut. Kan susah nanti.

2. Mungkin boleh buat satu pusingan dulu meninjau-ninjau apa makanan yang betul-betul hendak dimakan.  Dah ada target, terus je tuju. Takdela, nanti dah beli, tengok depan nak beli lagi. Nanti tak termakan sampai sahur, kan membazir jadinya.

3. Pilih, perhati dan tengok betul-betul makanan yang hendak dibeli. Kalau boleh bau, lagi baik. Bukan apa, takut-takut basi pulak nanti. Sayangnya. Cadangan mama, lebih baik yang makanan bergoreng-goreng yang betul-betul kering. Sebab ada sesetengah peniaga dah mula masak sejak awal pagi lagi. Takut-takut dah basi je makanan tersebut.

4. Yang paling penting, perhatikan dan awasi selalu anak (jika bawak anak), handbag, beg duit dan telefon bimbit. Sekarang macam-macam boleh berlaku. Bimbang ralit sangat dengan makanan, lain pula jadinya.

Tu lah antara sebahagian tips-tips yang mungkin ramai dah tau tapi mama saja nak ingatkan kalau-kalau ada yang terlupa ke. Sharing is caring kan?

Selamat membeli belah di bazar Ramadhan. Elakkan pembaziran ya. Membazir tu kan amalan syaitan.

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERBUKA PUASA.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab