Saturday, July 19, 2014

Kad dan Sampul Raya

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah.
Selamat hari Sabtu dan Salam Ramadhan semua.

Alhamdulillah, semalam balik je kerja, mama tengok ada kad raya untuk mama.


Puas jugak fikir, kawan mana yang hantar kad raya ni.

Rupanya sahabat blogger kita, +Ahmad Zu Mal Md Rayi yang hantar.
Seriously, memang mama dah lupa yang mama ada bagi alamat untuk dia hantar kad raya.


Apa-apapun, terima kasih banyak-banyak ye +Ahmad Zu Mal Md Rayi sebab sudi bagi mama kad raya.
Kalau nak tahu siapa zumal tu, sahabat-sahabat boleh pergi ke blog dia : http://duniazumal.blogspot.com
Sentimental value jap rasanya dapat kad raya ni. Hehe

Dalam pada itu, disebabkan mama kerja kat site, jadinya bila kawan sekerja mama ni buat kerja, dengan bermurah hati pekerja kat sini bagi kami sampul raya.


Cantik kan? Dah dapat lebih ni, mama kasi pada kawan-kawan site lain dan adik-beradik yang takde rezeki sangat sampul raya ni. Insya Allah, tak mo kedekut-kedekut. Kalau kedekut pun, bukan dapat apa pun banyak-banyak sangat sampul ni.

Apa-apapun, dalam kita sibuk dengan persiapan raya, jangan kita lupa Malam Lailatul Qadar sebab bukan setiap malam adalah Malam Lailatul Qadar. Dan jangan lupa berdoa untuk saudara-saudara kita di Gaza, Syria, Mesir dan diseluruh dunia ini. Serta sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa pesawat MH17 yang beragama Islam. Sebabnya :

Sumber : Facebook

Seronok kan macam tu? Kita doakan orang, insya Allah, malaikat mendoakan kita pula.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab