Monday, July 07, 2014

Sokongan diri sendiri

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Selamat Hari Isnin & Selamat Pagi!!

Harini amacam mood? Sahur pagi tadi macamana? Masih senang nak bangun?
Alhamdulillah. Selamat berpuasa ye. Semoga segala urusan kalian dipermudahkan.

Mama nak berkongsi gambar yang mama dapat daripada Facebook :


Betul tak?

Sebenarnya segalanya terpulang pada diri kita sendiri jika mahu berjaya. Walaupun mendapat sokongan daripada keluarga mahupun orang sekeliling, tapi kalau diri tidak support, kita takkan kemana-mana.

Contohnya, keluarga dan kawan-kawan semua dah sedaya upaya beri 100% sokongan masa kita belajar, tapi kalau kita buat acuh tak acuh, main-main, agak-agak boleh berjaya tak?

Dan bila keluarga dan kawan-kawan semua tidak menyokong langsung malah ada yang menentang, tapi atas kekentalan hati dan kesungguhan, insya Allah boleh berjaya.

Mama bercakap melalui pengalaman mama di mana mama pernah masa percubaan SPM dulu hampir ke Pangkat 2 (masa tu masih guna sistem pangkat). Memang masa tu terasa down sangat lebih-lebih lagi sahabat baik mama yang tinggal berdekatan rumah mama dapat keputusan yang sangat baik. Biasalah, ibubapa mana yang tak risau mengenangkan keputusan anak yang tak baik. Dari situ mama bulatkan tekad, susun strategi dan tak lupa periksa hubungan dengan semua termasuk Maha Pencipta, ibubapa dan orang sekeliling; Alhamdulillah bila keputusan SPM keluar, mama mendapat keputusan yang boleh dibanggakan.

Insya Allah, mama yakin sahabat-sahabat mama pasti boleh. Tapi bila dah berusaha namun hasil tidak memuaskan, jangan putus asa. Mungkin ada something wrong somewhere. Percayalah pada takdir dan ketentuan Allah sebab Allah sebaik-baik perancang. Yakinlah, ada perancangan Allah yang lebih baik lagi untuk kita yang kita tak tahu. 

SALAM 9 RAMADHAN

Wallahua'lam
Share: