AFB Feed

Thursday, July 31, 2014

Nasihat Daripada Sampul Raya

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah..
Dah hari raya ke-2 kita rupanya.
Alhamdulillah, murah rezeki Amir tahun ni dengan duit raya.
Tapi apa-apa pun, niat kami bukan nak kumpul duit raya Amir..no no no...
Niat nak eratkan lagi ukhuwah yang terjalin, rapatkan lagi hubungan yang renggang serta jalinkan hubungan silaturahim yang baru. (Panjang tol yer dak...hehe)


Jadinya, banyak jugak sampul raya yang dapat. Uish, tak bole buang sampul ni. 
Banyak gunanya. Boleh recycle isi duit masa pergi kenduri kawen. Hihi

Dalam banyak-banyak sampul duit raya yang Amir dapat, mama suka sangat dengan sampul ni :


Sahabat-sahabat setuju tak dengan nasihat : JANGAN SALAHGUNA DUIT INI

Dalam kita sibuk kumpul simpan duit raya anak-anak, tak pun kepada yang masih dapat duit raya,
nasihat macam ni memang sangat baik.
Mana yang besar sikit, dah dapat duit raya tu, mesti dah mula rancang-rancang nak beli apa agaknya yer.
Untung-untung, ada rezeki lebih tu, dapatla smartphone ke, tab ke.

Tapi kalau kita simpan, kita boleh guna pada masa 'kecederaan'. Betul tak?
Contohnya terdesak nak beli barang sekolah tapi rasanya tak nak menyusahkan mak ayah, kita kan boleh guna duit tu. Tu yang orang-orang tua kata, "Beringat sebelum kena".

Apa-apapun, bersyukur dengan apa yang kita dapat ek. 

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab