Friday, July 11, 2014

Duit Raya

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Selamat Hari Jumaat!!

Jangan lupa ye kawan-kawan pergi solat Jumaat kepada yang berkenaan.
Takut-takut ralit berblogging, lupa pula pada Solat Jumaat.

Alhamdulillah, harini Amir dapat duit raya daripada sahabat sekerja mama sini.
Awal rezeki Amir. Apa-apapon, Alhamdulillah.


Insya Allah, duit raya Amir tahun ni mama nak bahagikan kepada 3 bahagian : 
1 bahagian untuk SSPN, 
1 bahagian untuk Tabung Haji,
1 bahagian untuk akaun bank

Bercakap tentang duit raya, kawan-kawan dah boleh mula tukar duit raya di bank-bank. Tukar cepat-cepat kalau nak dapat duit cantik-cantik. Kalau lambat-lambat, takut samada dah abis ataupun telah abis tempohnya.

Mama tak tukar duit tahun ni. Sebelum raya dah buat kira-kira, berapa ramai anak buah dan kanak-kanak yang nak diberi. Pastu, dalam lepas berbelanja seharian, mana-mana duit yang nampak cantik lagi, mama terus ketepikan dan simpan sebagai duit raya. Seminggu sekali mama akan kira dah berapa banyak dah mama kumpul. Jadinya, Alhamdulillah, untuk duit raya mama dah siap dah untuk kasi ke kanak-kanak. Walau berapapun nilainya, niat mama untuk bersedekah. ^_^

Kawan-kawan macamana pula? Lain orang lain caranya kan?

Wallahua'lam

Share: