Saturday, July 12, 2014

Rezeki Nuffnang & tips shopping

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Salam Ramadhan dan selamat hari Sabtu semua..
Rasanya hari ini ramai juga yang claim tidur ni. Almaklum, masa hari bekerja tak puas tidur.
Tapi hati-hati kawan-kawan, jangan banyak tidur. Kalau tak sakit kepala, kita juga rugi sebab banyak tidur tapi kurang beramal.

Alhamdulillah, ada juga iklan CPUV melekat kat blog mama ni.


Rasanya kawan-kawan pon ada kot. Mintak belas ikhsan kawan-kawan untuk klik bole?
Insya Allah, mama akan klik iklan kat blog kawan-kawan mama masa mama BW.
Jom kita saling bantu membantu.

Kebetulan hari ni memang cuti, rasanya mesti ramai yang shopping kan?

Sumber : Google

Shopping, shopping jugak. Tapi jangan lupa :

1. Periksa dan kunci rumah baik-baik. Almaklum musim-musim perayaan ni, macam-macam boleh jadi dan berlaku dalam kalut-kalut nak pergi shopping tu. Jangan risau kalau terlambat atau terlewat, insya Allah ada rezeki kita, dapat juga kita barang yang dicari.

2. Buat budget dan kira-kira apa barang yang nak dicari. Biasala dalam tengah shopping, macam-macam barang kita jumpa, boleh rambang mata jadinya. Nanti lain yang patut dibeli, lain pulak dibeli. Macamana tu?

3. Pantau selalu anak-anak bagi yang ada anak-anak kecil. Budak-budak memang seronok bawak berjalan lagi-lagi lepas bebas. Macam Amir anak mama ni pon cukupla kalau bawak ke kedai-kedai kain, seronok dia melilau dan main cak-cak. Memang kena selalu pantau. Macam-macam boleh jadi sekarang.

4. Tetapkan had masa. Kalau dah planning awal-awal, masa sahur mungkin boleh ambil makanan yang dapat memberikan tenaga. Tapi kalau tak planning, mau dah nak dekat-dekat masa berbuka dah melepek, tak larat bawak badan. Mau terliur tengok anak-anak makan atau minum.

Okla, itu antara tips yang mama boleh kongsi. Kalau ada tambahan, jom share dengan mama. Mana tau mama ada terlepas pandang atau tak tau ke sebelum ni.

SELAMAT BERPUASA.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab