Selamat berhujung minggu semua..^_^
Rasanya ramai yang buat macam-macam aktiviti dengan keluarga harini.
Almaklumla, cuti sekolah ditambah pula dah gaji.
Mana yang masih ada cuti tahun, mungkin ambil cuti pula samada semalam atau Isnin nanti, pergi bercuti ke tempat menarik ataupun balik kampung.
Mana yang tak ambil cuti, mungkin keluar membeli belah bersama keluarga.
Lagi pula tengah jualan hujung tahun ni. Mau rambang mata dibuatnya.
Dalam sibuk berbelanja tu, berbelanjalah dengan bijak tau.
Camne nak berbelanja dengan bijak?
1. Senaraikan dahulu barangan yang diperlukan.
Sebelum keluar nak membeli-belah tu, apa kata buat senarai barangan keperluan. Asingkan barangan keperluan dan barangan kehendak. Yang keperluan memang tak dapat nak dielakkan tapi yang kehendak, mungkin boleh dipertimbangkan semula. Bukan apa, ianya sedikit sebanyak dapat mengelakkan pembaziran wang apabila masa-masa memerlukan.
2. Elakkan belian secara kredit
Lakukan pembelian secara tunai. Kita boleh keluarkan wang dipasaraya sebab kebanyakan pasaraya sekarang telah dilengkapi dengan mesin ATM. Ataupun kita juga boleh tukarkan kad ATM kita kepada kad Debit untuk mengelakkan pengeluaran wang yang banyak.
3. Belilah barangan buatan tempatan
Jika sebelum ni kita sukakan barangan berjenama dan mewah, apa kata kita ubah selera kita kepada barangan tempatan. Mungkin agak susah sikit tapi kalau bukan kita sendiri yang menyokong barangan tempatan, siapa lagi nak sokong? Ada juga barangan tempatan kita setanding dengan barangan berjenama. Lagi pula, sudah tentu barangan tempatan lebih murah.
4. Buat perbandingan
Dalam pemilihan sesuatu barangan, buat perbandingan dahulu dari sudut harga dan kualiti. Jika kita boleh dapat sesuatu barangan dengan harga yang murah dan kualiti yang tinggi, kenapa tidak kita pilih barang tersebut berbanding barangan yang berjenama dan kurang kualiti?
5. Penggunaan voucher
Sekarang banyak juga pasaraya yang menawarkan voucher belian jika kita menggunakan kad keahlian pasaraya tersebut. Gunakan sebaiknya voucher yang diberikan. Sekurangnya voucher tersebut dapat mengurangkan jumlah yang perlu dibayar. Bukan ke jimat kat situ?
Mungkin sahabat-sahabat MPA ada beberapa lagi tips yang boleh berkongsi dengan MPA lebih-lebih di waktu sekarang yang rata-rata nilai barangan naik.
Walau apapun, yang paling penting, UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI.
Kalau rasa mampu untuk berbelanja lebih, silakan.
Tapi andai rasa tidak, beringat-ingatlah untuk masa akan datang.
JOM BERBELANJA DENGAN BIJAK ^_^