Thursday, November 20, 2014

Kecik hati tak????

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Rasanya semua bole kecik hati bila kawan cakap macam tu kan?

Ujian untuk semua orang tak sama. 
Ada yang diberi ujian kesihatan, harta benda, anak, mahupun orang sekeliling.

Seharusnya, kita sebagai sahabat mahupun ahli keluarga terdekat membantu setakat yang kita mampu atau paling tidak, beri sokongan moral kepada mereka.
Lagipun, kita masih perlu berbuat baik kepada mereka, bukan terus menghukum serta mentertawakan ataupun mengejek mereka.

Ingat kembali pada Rukun Iman yang ke 6 iaitu Percaya Kepada Qada' dan Qadar.
Benar, hari ini kita melihat kesusahan orang. Adakah pasti kita selamanya senang??

Sampai masa kita akan jatuh juga. Hanya masa yang akan menentukan.
Jangan terkejut andai suatu hari, orang yang kita suka dan seronok melihat kesusahan mereka, datang membantu kita pula. Bukankah malu?? Itupun jika kita bernasib baik, mereka ingin membantu.
Bagaimana pula jika mereka mentertawakan atau mengejek kita kembali??
Mesti sakit hati, geram dan segala macam kita boleh rasa.
Macamana yang kita rasa, macam itu jugalah yang sedang mereka rasa.

Jika kita tidak mampu untuk membantu dari segi kewangan, kita bantu mereka dari segi mendoakan segala yang terbaik buat mereka.
Jika bila mana mereka senang tapi tidak ingat pada kita, bersabarlah dan doakan yang baik-baik.
Insya Allah, semoga yang baik-baik akan kembali kepada kita semula.

P/S : nasihat buat diri MPA & sahabat-sahabat yang MPA kasihi 

Share: