Wednesday, November 26, 2014

Terimalah seadanya...

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Sumber : Google

Harini akan diumumkan keputusan UPSR buat 473,175 calon UPSR tahun 2014.

Rasanya sekarang ni majoriti ibubapa dan murid-murid samada tengah menanti ataupun ada yang dah tahu pun keputusan di sekolah. Keputusan bukan hanya boleh diketahui di sekolah saja, malahan semakan keputusan UPSR 2014 turut boleh dilakukan dengan perkhidmatan SMS melalui 
mySMS 26888. Perkhidmatan ini diaktifkan bermula hari ini, 26 November 2014 dari jam 10 pagi hinggalah 2 Disember 2014 pada jam 11.59 malam.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada yang memperoleh keputusan cemerlang dan baik. 
Teruskan usaha kalian kerana perjalanan kalian masih panjang dan jauh lagi.

Kepada yang kurang bernasib baik, jangan kecewa dan putus asa.
Ada banyak lagi ujian yang bakal kalian tempuh.
Kuatkan semangat dan buktikan yang gagal pada kali ini, tidak bermakna akan selamanya gagal.

Kepada ibubapa pelajar, terimalah seadanya keputusan anak-anak kalian.

Jika keputusan mereka baik, Alhamdulillah dan tahniah.
Mungkin boleh difikirkan sesuatu sebagai penghargaan dan ganjaran buat mereka agar mereka dapat meneruskan momentum kejayaan mereka di masa akan datang.

Jika keputusan mereka kurang baik, berilah kata-kata semangat dan perangsang kepada mereka.
Jika kita merasa kecewa, fikirkanlah, apatah lagi mereka.
Tidak mustahil kegagalan mereka pada hari ini merupakan pemangkin yang terbaik buat mereka membuktikan kejayaan cemerlang mereka di masa akan datang.

Walau apapun, selalulah rangsang anak-anak dengan kata-kata yang menguatkan semangat mereka untuk mengejar kecemerlangan, bukan hanya di dunia, malahan akhirat juga.

Share: