Sunday, November 10, 2013

Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com
Jom sahabat-sahabat semua kita join segmen dari saudara +HASRUL HASSAN sebagai tanda bantahan kita terhadap penerbitan laman web penzinaan. 

Takut mama bila memikirkan kes ini terutama dalam dunia di hujung jari sekarang ni. Terfikir bagaimana agaknya zaman anak-anak kita akan datang. Rasanya, belum terlambat lagi untuk kita mengambil langkah-langkah sewajarnya seperti banned laman sesawang yang menyalahi hukum agama dari ejen pencarian, serta menapis segala perkara yang membawa kemudaratan kepada kita serta kepada generasi akan datang.

Mama tidak bermaksud hendak mempromosikan laman web di atas mahupun membidas sesiapa, tapi dengan adanya sedikit pendedahan, sekurangnya kita tahu apa yang berlaku di sekeliling kita seterusnya dapat mengambil tindakan samada menolak terus kewujudan laman sesawang seumpamanya mahupun mengambil langkah berjaga-jaga dalam apa jua yang dilayari mahupun yang ditonton.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab