AFB Feed

Monday, November 11, 2013

DIY - Tempat letak pen / pensel

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Rasanya ni ramai yang tau dan bole buat sendiri. Mama sejak kebelakangan ni suka nak buat sendiri je. Asyik beli je, membazir pulak rasanya. Sekali sekala kalau buat sendiri ni, ada kepuasannya.

Workstation mama yang baru ni mama takde lagi tempat letak pen / pensel. Dulu tak bole letak pen / pensel gitu je atas meja. Tau-tau datang kerja esok pagi dah takde. Bayang pon takde. Alih-alih nampak kat tangan orang lain. Kalau rasa selamba, selamba jela tanya. Mana yang jujur, akan mengaku la. Mana yang tak jujur, selamba je tak mengaku padahal ada tanda mama letak. Jangan tak tau, alat tulis mama letak nama macam kita sekolah dulu-dudu akibat taknak hilang. Tapi hilang jugak. Nak wat camne.


Ni kotak mainan Amir. Mama nak buat kotak letak pen / pensel mama kat opis. Hehe

Mama kena potong sikit sebab bila ukur konon-konon letak pen, tenggelam pen. Jenuh pulak nanti nak mencari pen / pensel.

Dah tu, mama balut dengan pembalut hadiah baki-baki dulu. Kalau togel gitu je, tak seswai la pulak. Kita kasi cantik sikit.

TADA. Dah siap ada pen lagi. Hehe.

Alang-alang, ini la workstation mama yang baru. Baru lagi kemasla. Tunggula sikit hari lagi, nak cari pen / pensel pon jenuh. Hehe

Wallahualam.


1 comment:

  1. kite pun suke diy diy ni. jom terjah blog kite..

    http://cahayaalammaya.blogspot.com/

    ReplyDelete

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab