Monday, November 04, 2013

Salam Maal Hijrah 1435 H

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Alhamdulillah, telah masuk waktu Asar menandakan sebentar sahaja lagi bermulanya 1 Muharram 1435 H. Jom kita baca Doa Akhir Tahun sebelum berakhirnya waktu Asar ini. Semoga segala amalan kita diterima olehNya serta segala dosa-dosa kita diampunkanNya untuk sepanjang tahun ini.

Insya Allah, waktu Maghrib nanti kita baca pula Doa Awal Tahun. Semoga kita semua berada dia bawah redha dan keberkatanNya di sepanjang tahun mendatang ini dan semoga kita semua terus dikurniakan hidayah daripadaNya. Insya Allah.

Kepada sahabat semua, mama minta maaf atas semua salah dan silap mama selama ini dan insya Allah, mama dah maafkan semua salah dan silap sahabat-sahabat semua.

SALAM MAAL HIJRAH 1435H DARIPADA PAPA, MAMA DAN AMIR.

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab