Sunday, November 10, 2013

Sekali kena pulak

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Hari Rabu lepas, balik dari kerja, mama pandu kereta dengan penuh kesopanan dan kesusilaan. Mesti sopan sebab hujan. Hehe


Sedang syok-syok pandu, dah nak dekat rumah ni, tiba-tiba 'bukk!!'. Mama dah risau dah. Mama langgar depan ke, tak. Jauh lagi kereta depan. Sekali tengok belakang, wah!! Sudah kena cium. Buat spoil je. Dah nak sampai rumah ni.

Kami pon ketepi. Yang langar cina lelaki. Kes ikut dekat sangat dan taknak kasi orang potong la tu. Mama dah ambil jarak nak brek sebab nak elak brek mengejut. Tak sangka dia lak yg cium. Mama telefon bagitau papa dulu. First time ni nak berhadapan kes langgar. Mama memang tak pernah lagi. Sorang-sorang pulak tu. Cuak gak.

Papa kata tanya dulu, nak settle balai ke camne. Kami bincang-bincang, kami settle situ jugak dan yang langgar sanggup bayar sebab dia calar sikit je. Bumper kete mama pecah sikit.

Dia bayar dan kami bertukar no tepon dan ambil gambar, janji settle situ je, okla, kami gerak balik.
Dalam pada tengah bincang tu, ada lak yang baik hati nak masuk campur bawak ke kedai mereka. Takpela, terima kasih ye. Mama tak berani nak deal dengan orang macamni. Kalau nak deal dengan orang macamni, selalu mama bawak papa atau abah mama sekali.

Apa-apapon, Alhamdulillah, mama tak apa-apa. Cuma seriau dan cuak tu masih ada lagi. Insya Allah, mama akan tukar hujung minggu ni. Alhamdulillah, cantikla sikit bumper kete buruk mama. Tak sangka, buruk-buruk pon, masih sudi Nissan Elantra nak cium. Ni namanya rezeki kereta buruk. Hehe


P/S : pecah rahsia kereta kotor. Akibat hujan je ni, malas nak cuci, nanti kena hujan. huhuhu

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab