Wednesday, November 27, 2013

Good News

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Lama jugak ye mama tak update dan BW kawan-kawan. Kawan-kawan rindu tak kat mama?
Mama rindu sangat kat kawan-kawan mama ni.

Mama kan kat tempat baru, so tengah cari tune dengan tempat ni. Time lunch bole online jap tapi kawan-kawan sini ajak keluar lunch, pastu dalam masa lunch nak pulak solat Zohor sebab mama taknak ganggu masa kerja mama. Tu yang tak sempat jengah tu. Mana yang sempat tu, mama jengah awal-awal pagi sebelum bermulanya waktu kerja mama.

Minggu lepas mama dapat 2 berita gembira dalam bahagian yang sama. Macamana tu?.

Hari Selasa, kawan satu sekolah masa mama sekolah rendah selamat melahirkan baby yang ke-3, baby perempuan. Sebelum ni dah ada 2 orang anak lelaki. Kami semua masing-masing Alhamdulillah semua dapat anak lelaki, termasuklah mama. Ni dah ada yang sorang dapat anak perempuan, ada dah kawan mama ajak berbesan. Cepat gitu. Hehe


Dalam hari Rabu pulak, kawan mama masa sama-sama kerja dekat site di KL dulu selamat dapat baby lelaki. Yang kawan mama ni dah ada anak perempuan 3 orang dan seorang anak lelaki. Seronok la anak lelaki dia yang ada tu sebab ada geng.


Alhamdulillah, seronok sangat dengar berita gembira sahabat-sahabat. Ni yang buat terasa nak preggy lagi ni. Hehehe.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab