Wednesday, November 06, 2013

SPM 2013

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Harini kalau tak salah bermulanya peperiksaan Sijil Penilaian Malaysia untuk tahun 2013. 
Semoga berjaya kepada semua pelajar yang akan mendudukinya.
Jawablah dengan sehabis baik.
Yang penting, DOA + USAHA + TAWAKAL
Insya Allah, kejayaan akan milik kita

Di sini, mama nak kongsikan dengan semua panduan untuk calon-calon SPM yang mama ambil dari laman FB Dr Shukri Abdullah.


Bercakap tentang SPM ni, dah 14 tahun lamanya mama tinggalkan SPM. Mama ambil SPM tahun 1999, penutup untuk kiraan secara aggegat dan penutup untuk tahun 90-an.

Alhamdulillah, SPM mama takla secemerlang mana. Kalau nak kira kiraan sekarang, memang mintak maaf, mama tak ingat, tapi kalau aggegat tu, Alhamdulillah, mama dapat 11 aggregat, pangkat 1. Macamana kira aggegat, minta maaf juga, mama dah lupa. Hehehe

Percubaan SPM mama memang teruk, 23 aggegat, memang dah nyaris-nyaris nak masuk pangkat 2. Siapa yang tau tentang aggegat, mesti tau aggegat dan pangkat tu. Masa dapat tau tu, memang mama down sangat-sangat. Mana taknya, kawan-kawan sekelas mama semua keputusan hebat-hebat, anak-anak jiran mama yang bersekolah di sekolah lain pon keputusan hebat-hebat belaka.

Masa tu orang tua mama dah susah hati dah. Macamana la mama SPM nanti. Puncanya mama jadi macam tu, sebab ada masalah keluarga mama dan mama banyak main-main.

Sejak dari tu, mama pulun habis-habis. Siang malam buat segala macam jenis latihan dengan kawan mama yang tak berapa cemerlang percubaan SPM. Hari-hari lepas solat Isyak, kami solat hajat dan kami jemaah baca surah Yaasin kat surau sekolah sebab mama duduk asrama masa tingkatan 4 dan 5. Sebolehnya kami solat jemaah di surau setiap kali waktu solat.

Dugaan sahabat mama yang sama-sama dengan mama berusaha lagi hebat. Dalam masa percubaan SPM, kakak dia meninggal akibat penyakit Tibi dan dia juga disahkan menghidap penyakit Tibi. Akibat penyakit Tibi, hari-hari dia kena pergi ke Hospital untuk mendapatkan rawatan. Setiap kali balik daripada rawatan, mesti sahabat mama tu keletihan. Mama dan sahabat-sahabat lain bantu dia samada dari segi pelajaran mahupun sokongan. Maklumla, duduk asrama, dengan sahabat-sahabat semuala tempat kita bergantung harap.

Alhamdulillah, berkat doa kami dan daripada kedua ibubapa kami, usaha kami dan tawakal, masing-masing dapat keputusan yang dapat membanggakan kedua ibubapa kami.

Semoga kisah mama yang tak seberapa ni, boleh dijadikan pedoman untuk sahabat-sahabat semua.
Mama yakin dengan kombinasi DOA + USAHA + TAWAKAL
Kalau Allah tak beri, redha dan bersabarlah serta yakin bahawa ada yang terbaik sedang Allah sediakan.
Insya Allah

Wallahua'lam

Share: