AFB Feed

Sunday, November 03, 2013

Taman Tasik Permaisuri

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Sejak minggu lepas lagi mama dan papa nak bawak Amir jalan-jalan kat taman, tapi tak kesampaian disebabkan hujan. Semalam petang pon ingat nak bawa Amir pergi taman juga, tapi tak kesampaian disebabkan faktor hujan juga. Fikir balik, asal petang je hujan, harini Ahad mama nekad nak bawak Amir pergi taman juga, tapi bukan petang, mama bawak Amir pergi pagi.

Alhamdulillah, kami pergi ke Taman Tasik Permaisuri, tapi bukan dengan papa sebab papa kena kerja. Jadi, mama bawak nenek, atok dan makcik-makcik Amir. Kasi riadah sikit, asyik dok rumah jer, jom pergi taman, hirup udara segar pagi-pagi. 

Mama memang nak biasakan Amir dengan alam sekitar sebab nak Amir belajar dan rasai kebesaran Allah yang menciptakan alam ni. Di samping nak Amir biasa dengan alam sekitar, jumpa dengan orang-orang sekeliling, belajar bersahabat serta tahan lasak. Ni gara-gara satu website yang mama jumpa kat pinterest mama la ni - 20 MOM AND SON DATE IDEAS. Ada juga untuk father and daughter. Nak cerita lebih lagi, boleh lawat pinterest mama : http://www.pinterest.com/amien140/boards/. Macam-macam ada. (iklan jap ek...hehehe)


Kami keluar dalam pukul 9 dan balik dalam pukul 10. Alhamdulillah, kami dapat 1 round la jugak. Amir ligat berjalan. Mulanya, nak pergi Taman Tasik Titiwangsa tapi nenek Amir kata pergi dekat-dekat jela. Okla, kita pergi Taman Tasik Permaisuri saja. Berpeluh-peluh masam la jugak kami. Hehehe. Agak ramai juga orang harini, tapi takla ramai sangat. Ada juga ibubapa yang bawak anak-anak, Amir teruja juga bila jumpa kanak-kanak yang lebih besar atau lebih kurang sebaya dia.

Balik je dari taman, mama mandikan Amir, kasi susu, Alhamdulillah, kejap je dah tidur.

Insya Allah, ada kelapangan dan ada rezeki, mama dan papa usahakan Amir ke taman lagi walaupun taman yang sama setiap minggu. Insya Allah, aamiin.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab