Monday, November 24, 2014

MAKNA dan Kanser

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Harini ada Cancer Awareness Programme kat tempat MPA kerja.

Pihak MAKNA (Majlis Kanser Nasional) telah dijemput untuk memberikan ceramah dan pendedahan berkaitan kanser.


Siapa MAKNA?

MAKNA (Majlis Kanser Nasional) adalah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 10 November 1994 dan dilancarkan secara rasmi pada Mac 1995. Misi MAKNA adalah untuk menggembelingkan segala kepakaran dan kewangan bagi menyediakan rawatan, pencegahan, penyelidikan dan khidmat sokongan kepada pesakit kanser dan keluarga, golongan berisiko tinggi serta setiap individu di Malaysia dan dunia. (Sumber : SINI)

Banyak juga input yang MPA dapat berkaitan kanser. Sebelum itu, apa itu KANSER?


Kanser atau barah adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun, ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor.

Tumor boleh dikategorikan sebagai bukan barah (benign) ataupun barah (malignant).

Tumor bukan barah (benign) tidak merebak ke bahagian tubuh badan atau organ yang lain.

Tumor barah pula terdiri daripada sel-sel barah yang sekiranya tidak dirawat, boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain. Sel barah boleh merebak ke organ yang lain menyebabkan komplikasi sistemik. Komplikasi dan kehilangan fungsi multi organ akan menyebabkan kematian.

Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan barah merebak ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis. Perkataan barah juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia. (Sumber : SINI)

Apakah jenis kanser yang berisiko untuk dihadapi berdasarkan jantina?


Lelaki - Paru-paru, nasofaring, usus rektum, leukimia, prostat
Perempuan - Payudara, serviks, usus, ovari, leukimia, paru-paru

Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa. Dapatkan nasihat doktor dengan segera sekiranya terdapat tanda-tanda :

1. Ulser yang tidak sembuh
2. Pendarahan atau lelehan luar biasa
3. Perubahan pada ketuat atau tahi lalat
4. Bengkak pada leher
5. perubahan pada pergerakan usus atau sistem pencernaan
6. Batuk yang berterusan, berdarah atau suara parau
7. Bengkak atau perubahan pada payudara
8. Sakit perut yang berterusan atau kesukaran untuk menelan
9. Sakit dan ketidakselesaan pada abdomen

Risiko boleh dikurangkan dengan menjauhi :

- Merokok
- Mengunyah tembakau
- Pengambilan makanan tinggi kandungan lemak
- Kegemukan
- Pemakanan serat rendah
- Penggunaan alkohol secara berlebihan
- Kekurangan vitamin dan mineral tertentu
- Pendedahan kepada bahan merbahaya di dalam udara dan air
- Pendedahan berlebihan kepada matahari
- Radiasi yang berlebihan daripada sumber yang berlainan
- Stress berlebihan

Banyak input yang MPA terima dan ini antaranya yang MPA dapat kongsikan dengan sahabat-sahabat MPA semua. Apa yang penting adalah memerhatikan kadar pengambilan kalori, kerap bersenam dan berfikiran positif.

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI

Semoga bermanfaat ^_^

8 comments:

  1. terasa seram bla baca tanda2 kanser tu

    ReplyDelete
  2. Salam..MPA..benar sakit datang tanpa diduga..jom amalkan gaya hidup sihat..dan sediakan juga insurans sebagai payung

    ReplyDelete
  3. terima kasih berkongsi info pasal penyakit nie..kita memang kena sentiasa alert tentang tahap kesihatan kita..tambah2 lagi orang macam huda (family history ade cancer), perlu buat check up 2-3 tahun sekali..

    ReplyDelete
  4. betul tu..mencegah lebih baik dr merawatkn..tapi tak semua yang faham..tu rasa yang sedih sangt...salam perkenalan

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah melindungi kita semua... aamiin. T kasih atas perkongsian info ini Mama Amir..

    ReplyDelete
  6. thank you share info kak..
    awareness ni oran kita slalu amek mudah. mudah mudahan kita terhindar dari penyakit penyakit berbahaya ni.

    ReplyDelete

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab