AFB Feed

Saturday, November 22, 2014

Selamat Bercuti Sekolah!!

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


Salam Sabtu semua!!

Rata-rata dah mula bercuti sekolah dan ada sesetengah dah bermula dari semalam lagi.
Rasanya hari ini dah mula bermalas-malasan dah masing-masing ni.

Jangan malas sangat yer adik-adik. Jom tolong mak ayah buat kerja rumah ataupun jaga adik-adik.
Untung-untung, mak ayah nanti bawak kita jalan-jalan.

Rata-rata jalanraya pun dah mula lengang. Pagi-pagi kurang dah traffic jam untuk sebulan lebih ni.
Dan rasanya ramai yang tidak lepaskan peluang untuk bercuti berehat bersama keluarga samada berjalan-jalan atau balik ke kampung.

Kepada yang berdekatan dengan Putrajaya, mungkin boleh bawa anak-anak ke Karnival Upin & Ipin di Putrajaya International Convention Centre (PICC) bermula dari semalam lagi, 21 November sehinggalah esok, 23 November 2014; bermula dari pukul 9 pagi hingga 10 malam.


Nanti kat sana, boleh jumpa Upin Ipin dan kawan-kawan; Ara, Aris, Aki dan Wan dari watak Pada Zaman Dahulu dan watak-watak dalam Puteri. Puteri pun tak lama lagi nak keluar kan.

Insya Allah, jika berkesempatan MPA akan ke sana juga tapi walau apapun, MPA perlu ziarah anak saudara di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.

Nanti MPA cerita ek kenapa pulak anak saudara MPA ada kat HTAR ni.

Walau apapun sahabat-sahabat MPA lakukan dan kemana jua pun sahabat-sahabat MPA di sini pergi, MPA berharap semoga segala urusan kalian dipermudahkan serta diberkati dan dirahmati oleh Yang Esa. Hati-hati yer semua!! ^_^

15 comments:

  1. Selamat bercuti sekolah utk fmly MPA...karnival upin ipin x pergi..jauh sgt. Have a nice day ahead.

    ReplyDelete
  2. Meman best bila jln dah lengang..x la jammed memanjang..besttt!!!

    ReplyDelete
  3. get well soon untuk ada sedara MPA..enjoy upin ipin hihi

    ReplyDelete
  4. Ooo dah cuti ya mama..selamat bercuti adik-adik semua...

    ReplyDelete
  5. Paling seronok la ank2 dah cuti sklh

    ReplyDelete
  6. Kita singgah sini..salam perkenalan ya..
    isahpondokkecil.com

    ReplyDelete
  7. Bagus dah cuti sekolah ni..
    Clear sikit jalan raya masa nak pi kerja.

    ReplyDelete
  8. Cuti dah sekolah... paling best cuti sekolah yg hujungnya.. takde kerja rumah, takder pelajaran baru... memang cuti buta2 jer... kalau rajin tu kerja lah apa2 yg patut

    ReplyDelete
  9. Slmt bercuti sekolah kpd semua.. :)

    ReplyDelete
  10. ramai sangat org kat sana.. rasa sesak.. alih2 akak gi MAHA, pegi lapo balik kenyang.. byk sgt makanan testing kat sana.. brg2 pn murah

    ReplyDelete
  11. sonoknyeee dah cuti hehe..
    bebudak la sonok..

    katanya karnival tu mcm tunggan langgang sket. member la dok hapdet kat fesbuk marah2 ngan pnganjur..

    ReplyDelete

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab