AFB Feed

Wednesday, November 26, 2014

Terimalah seadanya...

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Sumber : Google

Harini akan diumumkan keputusan UPSR buat 473,175 calon UPSR tahun 2014.

Rasanya sekarang ni majoriti ibubapa dan murid-murid samada tengah menanti ataupun ada yang dah tahu pun keputusan di sekolah. Keputusan bukan hanya boleh diketahui di sekolah saja, malahan semakan keputusan UPSR 2014 turut boleh dilakukan dengan perkhidmatan SMS melalui 
mySMS 26888. Perkhidmatan ini diaktifkan bermula hari ini, 26 November 2014 dari jam 10 pagi hinggalah 2 Disember 2014 pada jam 11.59 malam.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada yang memperoleh keputusan cemerlang dan baik. 
Teruskan usaha kalian kerana perjalanan kalian masih panjang dan jauh lagi.

Kepada yang kurang bernasib baik, jangan kecewa dan putus asa.
Ada banyak lagi ujian yang bakal kalian tempuh.
Kuatkan semangat dan buktikan yang gagal pada kali ini, tidak bermakna akan selamanya gagal.

Kepada ibubapa pelajar, terimalah seadanya keputusan anak-anak kalian.

Jika keputusan mereka baik, Alhamdulillah dan tahniah.
Mungkin boleh difikirkan sesuatu sebagai penghargaan dan ganjaran buat mereka agar mereka dapat meneruskan momentum kejayaan mereka di masa akan datang.

Jika keputusan mereka kurang baik, berilah kata-kata semangat dan perangsang kepada mereka.
Jika kita merasa kecewa, fikirkanlah, apatah lagi mereka.
Tidak mustahil kegagalan mereka pada hari ini merupakan pemangkin yang terbaik buat mereka membuktikan kejayaan cemerlang mereka di masa akan datang.

Walau apapun, selalulah rangsang anak-anak dengan kata-kata yang menguatkan semangat mereka untuk mengejar kecemerlangan, bukan hanya di dunia, malahan akhirat juga.

12 comments:

  1. Betul.. Harus terima dengan hati yang terbuka :)..

    ReplyDelete
  2. upsr bukannya titik tolak ko gagal ke tak
    kan?
    kalau anak mmg tak mahir akademik, beralihlah didik hands on / technically or vokasional
    beside doa ibu bapa juga senjata paling ampuh
    all the best to the candidates

    ReplyDelete
  3. mak bapak yg paling berdebar2 nie.. hehe

    ReplyDelete
  4. Betul tue. .jgn marahkan anak kalau result yg dpt tue tak seperti yg diharapkan..Mybe anak pun dh cuba yg terbaik dh kan..

    ReplyDelete
  5. Ucapkan tahniah pd ank walaupun apa pun result mereka krn mereka telah berusaha keras.

    ReplyDelete
  6. Tahniah untuk semua student. Tahun ni byk dugaan tp semua student upsr jawab mcm biasa..

    ReplyDelete
  7. tahniah kepada parents bagianak yang dapat 5A :)

    ReplyDelete
  8. bagi saya, spm dan ke atas nanti yang penting. dapat staight a upsr pun tak mentukan kerjaya kita pada masa hadapan. huhu

    ReplyDelete
  9. adik saya antara upsr tahun ni . huhuu

    ReplyDelete
  10. Luas lagi tapak untuk melangkah :)

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah... debaran telah berakhir... :)

    ReplyDelete
  12. CT dulu so so aje.. tak adalah straight A tapi alhamdulillah parents CT bukan spesis mak ayah judgemental zaman skarang. ade ke pi haplod prasaan kecewa anak tak semua A. kalo jadi anak tu mau depress idup dia. Kamoooon..!! Hahaha

    ReplyDelete

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab