Sunday, January 11, 2015

Beriadah di Taman Layang-Layang, Kepong

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Harini lambat sikit up entry.
Pagi tadi saja bawa Amir jalan-jalan ke Taman Layang-layang, Kepong. Taman itu ada di sebelah kiri Lebuhraya MRR2 menuju ke Sungai Buloh. Boleh tahan juga ramai rupanya. Sebenarnya, dah lama tak ke sini. Sejak ada Amir, memang tak pernah lagi ke sini. Macam-macam kemudahan ada rupanya kat sini.

Untuk pengetahuan, ada disediakan sewa untuk basikal, roller blade, mini skuter, basikal elektrik dan macam-macam lagi untuk beriadah dan pusing-pusing keliling taman. Besar juga taman tu yang mengelilingi tasik. Kami tak pusing keliling tasik harini. Insya Allah hari lain sebab sampai pon dah pukul 10 lebih, matahari pun dah mula membahang.

Kalau petang, jika cuaca baik, memang kawasan orang bermain layang-layang. Ada kawasan dataran lapang untuk aktiviti ni. Memang meriah la kiranya. Sebab tu agaknya dinamakan Taman Layang-Layang.


Inilah tasik yang dikatakan tu.


Kalau tak salah, kawasan sebelah sana tu adalah Kepong.


Amir menikmati pemandangan tasik.


Peace yo versi Amir.


Tak lepaskan peluang main di taman permainan yang disediakan.

Selamat berhujung minggu dan selamat beriadah. ^_^

Share: